Assalamualaikum Warahmatullah...
Ramadhan semakin hampir ke penghujungnya. Bagi yang benar2 meraikannya, akan terasa kehilangan..Benar, seperti mutiara yang digenggam dan tiba-tiba hilang..Begitulah...
Kehidupan akan diteruskan. Moga2 masih sempat bertemu Ramadhan akan datang. Jika tidak, moga2 ditempatkan di kalangan mereka yang beriman..
Minggu ni agak sibuk kerana perlu menyiapkan assignment sebelum bercuti raya. Namun, sehingga kini, masih berbaki sedikit, dateline pada 30/10 nanti. Apapun2, akan berusaha untuk buat yang terbaik agar hasilnya memuaskan.
Minggu ini juga, punya kisah tersendiri. Tidak sangka dapat berjumpa face to face dengan Hakim Syarie Dr. Naim Mokhtar.
Terima kasih yang tidak terhingga pada Leya ( Thureyya ) kerana mengajak saya menemaninya berjumpa Dr.Naim.Jika tidak, mungkin tidak berpeluang nak berjumpa dengan idola saya tu.
Kami ke mahkamah syariah WP kerana punya urusan. Leya perlu berjumpa dengan Dr. Naim untuk menemuramah beliau kerana dia sedang menyiapkan kertas kerja yang berkaitan dengan bidang yang diceburi oleh DR. Naim. Saya merasa sangat teruja..Benar, saya amat mengagumi beliau kerana ketokohan beliau dalam bidang perundangan. Beliau antara genarasi muda yang benar2 menyerlah dalam bidang yang diceburi..Hakim Syarie pertama yang mendapat PHD seterusnya melayakkan beliau menyandang gelaran Dr. Saya salute!..
Leya sedang menyiapkan kertas kerja tentang Mediation dan kerana itu dia ingin benar bertemu Dr.Naim. Hajatnya tercapai akan tetapi, misinya tidak kesampaian. Sebelum memulakan sesi soal jawab, kami menyoal dan Dr Naim memberi response, beliau menerangkan bahawa Mediation punya banyak cabang dan yang kian berkembang sekarang ini adalah Family mediation dan Commercial Mediation. Beliau cuba menjelaskan bahawa beliau hanya mampu memberi response berkaitan isu Family mediation sahaja kerana itu berkait rapat dengan bidang yang dikendalikannya. Leya sedikit terkejut kerana dia baru menyedari bahawa apa yang ingin di tanyakan- kebanyakan soalannya lebih tertumpu kepada Commercial Mediation. Penjelaan ini amat membantu kerana membuka minda kami bahawa Commercial Mediation dan Family Mediation adalah satu perkara yang berbeza yang memerlukan huraian lebih detail untuk mengklasifikasinyya.
Saya sebenarnya sudah menyedari akan perbezaan tersebut akan tetapi tidak tahu mengapa mulut ini seakan terkunci untuk mengatakannya. Adakah kerana teruja sekali ingin berjumpa dengan beliau sehingga lupa akan perkara itu?..Allahualam..
Walaubagaimanapun, seperti Leya yang saya kenali, sangat positif dalam menilai seseuatu perkara, dia memandang bahawa isu ketidaksamaan ini bukanlah isu yang besar kerana konsep mediation adalah sama sahaja walau dalam apa bidang sekalipun.Cumanya methodology yang dipakai mungkin berbeza.
Banyak juga soalan yang diutarakan kepada Yang Arif, Dr. Naim. Alhamdulillah beliau dapat menjawab segalanya dengan baik dan jelas sehingga tidak menyedari masa berlalu dengan sangat pantas. Lebih 2 jam kami di pejabatnya yang menempatkan meja kaunseling.
Kami duduk di kerusi yang menempatkan kaunselor applicant dan responden.
Saya akan lampirkan sebahagian soal jawab di post akan datang.
Sebelum beransur pulang, saya sempat menanyakan tentang latar belakang pendidikan beliau. Inilah yang ditunggu2 sebenarnya. teringin sekali mengetahui kerana berasa amat cemburu dengan pencapaiannya. Saya juga mahu menjadi sepertinya. Membina kerjaya dan melangkah setapak demi setapak sehingga berjaya di tahap kini.
Seusai selesai program ijazah pertama, beliau mendapat tawaran menyambung master dalam bidang undang2 di London. Setelah itu beliau kembali ke tanah air dan memulakan karier sebagai pensyarah di IIUM. Hampir 7 tahun mengajar, beliau seterusnya mengambil keputusan berhenti dari profession tersebut dan memulakan latihan selama setahun untuk bergelar peguam. Itu kerana mengikut nasihat Allahyarham Prof.Emiritius Ahmad Ibrahim yang ketika itu adalah gurunya. Beliau mengulang kata2 Allahyarham " Naim, why not u jump into this field and see what is happening.." kata2 yang membuatkan Dr.Naim tidak berfikir panjang dan mengambil satu keputusan yang alhamdulillah kata beliau, Allah memudahkan perjalanannya....Walaupun sehingga detik itu, beliau masih berkecimpung dalam civil law, jauh di sudut hati beliau amat meminati bidang syariah.. Oleh itu, beliau meneruskan pengajian dengan mengambil diploma in DLSP and DAIJ di IIUM. Bertitik tolak dari itu beliau diserapkan dalam bidang kehakiman syariah sehinggalah melanjutkan pelajaran kedoktoran dalam bidang syariah di UKM. Alhamdulillah saya bangga dengan beliau yang kini menyandang jawatan sebagai Hakim Mahkamah Rendah Syarie WP.
Satu pengalaman yang berharga. Berbincang dan bercakap sendiri dengan beliau 4 mata adalah pengalaman yang cukup bermakna. Sekurang2nya sedikit sebanyak saya mengetahui cara permikirannya yang mengganggap pelajaran amatlah penting untuk masa hadapan. Lebih tinggi kedudukan atau jawatan yang di pegang, harapannya biarlah selari dengan pendidikan dan ilmu di dada.
No comments:
Post a Comment