Sunday, April 20, 2008

#42 - My current life


Salam to all,

Insyallah esok result akan keluar setelah jam 6 petang. Semua perasaan ada sekarang ni. Berdebar2, takut pun ada..
Apapun dah niat di hati, apa2pun kemungkinan yang bakal berlaku harus diterima dengan hati yang reda dan berlapang dada. Keputusan ini juga bakal mempengaruhi keputusan saya samada ingin meneruskan program master melalui coursework + dissertation ataupun kepada coursework sahaja.

Bagi mengisi kelapangan saya bercuti selama 3 bulan ini, saya bekerja sebagai research assistance (RA) di bawah penyelian Dr. Bashiran Begum di fakulti undang2 Ahmad Ibrahim IIUM. Saya akan assist Dr. Bashiran dalam projek energy law. Susah juga kerja jadi RA ni kalau tak betul2 displin. Yelah, asyik ngadap buku je. Tapi saya tetapkan hati, anggap ianya satu pengalaman yang menyeronokkan. At the end of the day, pengalaman itu mampu mematangkan tindakan saya, dan tak lupa juga dapat membantu menambah 'detail info' dalam resume saya nanti, haha..

Saya yang tidak biasa bekerja, menghadapi sedikit masalah juga iaitu masalah 'kepenatan'. Bila tiba rumah je saya dah terbongkang atas katil. Teruk betul..Tapi bila masuk minggu kedua saya dah ok. Boleh adapt. Alhamdulillah


Bila dah bekerja ni, lari semua plan yang saya nak buat sepanjang cuti ni. Antaranya balik ke kampung untuk ziarah atuk dan umi dan melancong ke singapura dan terengganu.

Sarawak pun termasuk dalam list tapi bukanlah untuk melancong tapi untuk berada bersama keluarga tersayang.


Silap saya juga sebab cari kerja awal. Akhirnya segala perancangan terpaksa dibatalkan. Bulan depan saya ada 3 undangan ke majlis perkahwinan. ketiga2nya adalah lawyer juga kenalan saya ketika sem 1 pengajian master. Hopefully saya dapat attend semua majlis.

Thureya pula masih pening2 nak buat keputusan. Samada pulang ke Kenya atau tinggal di sini sehingga graduation day. Pada saya, alangkah lebih baik jika dia dapat menunggu sehingga hari penyampain ijazah pada bulan 8 nanti. Sementara itu dia boleh bekerja di sini. Tapi masalahnya, gaji yang diberi mungkin tidak akan setimpal ataupun mungkin tidak mencapai jangkaan dia pun. Sekurang2nya dia memerlukan RM 7 ribu sebulan kerana ingin menyara adiknya yang bakal datang ke Malaysia dan belajar di IIUM. Tinggi juga expectation dia. Tapi itu tidak mustahil sebab di universiti di mana dia belajar sarjana muda dulu menawarkan khidmat menjadi pensyarah dengan gaji sebanyak USD2000. so lebih kurang RM 7 ribu jugalah.. sekarang ni dia dalam proses menghantar resume ke universiti tersebut yang terletak di Tanzania. Dia pun mendapat sokongan pensyarah tanzania di sini. jadi, dengan pencapaian akademik yang bagus dan personaliti baik tu saya rasa dia akan berjaya...Kalau dia dapat kerja di situ, rezekilah.. Kalau tidak dia terpaksa tinggal di sini dan bekerja sementara di Malaysia dan terus proceed untuk PHD.apapun saya doakan yang terbaik untuknya...




Tapi......
di sudut hati kecil saya ada terdetik alangkah bestnya kalau dia terus menetap di sini. Dia kawan yang sangat baik dan memahami diri ini. Permergiannya nanti pasti menjadi satu kehilangan buat saya..waaa...

No comments: