Time: 1.15 a.m
Salam,
Bloging dari bilik je ni. Malas nak gi cc. Alhamdulillah, dpt tukar bilik dari tingkat 1 ke tgkt 3. Pemandangan luar tingkap juga sangat cantik masyallah. Nampak UIA sepuas2nya.
Sungguh, lebih semangat nak belajar n buat research..Hehe, tgkat 1 sebelum ni x nampak apa2 pun..Dinding je..cahaya matahari pun tak masuk..
Mggu ni sepatutnya sy balik BP. Tapi, atas sbb yg x dpt dielakkan, saya postponed. Mujur x cakap lagi ngan Umi, kalau tak, tentu dia tertunggu2 cucu die balik.
Sy rindu asam pedas Umi- favourite sy. Bukan setakat sy, adik2 saya pun hantu asam pedas..mama masak memang sedap tapi, tak setanding Umi masak...lain org lain air tangannya...
Saya jarang belajar masak ngan mama. Selalunya dengan Umi atau ibu (adik mama) Huhu sbb mama x boleh ada orang masak ngan dia kat dapur. dia lebih rela saya kemas, mop, lap rumah dr masuk kat dapur dengannya..hahha.selalunya sy akan sediakan bhn2 masak dan kemas dapur sebelum dan selepas masak. hanya dengan cara itu sahaja boleh tolong mama. Kalau nak belajar pun, saya tgk senyap2 dari pintu dapur je..huhuhu...
Oleh sbb itulah agaknya saya x biasa memasak sampailah waktu duduk di Sudan. Hah, waktu tu lah pulun habis belajar memasak...lbh2 lg bila kawan dengan org Thailand, cr masakan sy pun dipengaruhi citarasa mereka. Pedas, masam2 manis.. uhuhu..
Tp, bl dah dok KL ni, sy dah jrg masak... Kalau masak pun hujung2 minggu tp itupun tgk keadaan. teruk kan?. Kedai makan kat bawah je, jadi kalau balik penat n hr minggu mmg malas lah nak masak...ni baru hidup bujang..terfikir lah macamana nanti kalau dah berumah tangga. Fuh, bgn pagi masak utk suami n anak2, then gi keje, balik masak lagi...
Memang salute la sape2 yg mampu buat semua hal ni..
sbb tu abah kata sy perlu pilih profession yg flexible masanya. Cam pensyarah. Sy tgk pensyarah2 sy kat sini, walaupun sibuk bekerja masih ada masa ambil anak sekolah, beri anak makan, dan memasak sarapan untuk keluarga. Memang flexible pun..
tp, jiwa sy bukan pada bidang mendidik. sy lebih suka kerja field work. Kerja yang bukan duduk satu tempat..kerja yang tak menghadap orang yg sama..kerja yg bergerak sana sini. ...Sbb memang sy ni tak boleh diam satu tempat lama2.Nanti, hah mulalah.....
Anyway, Isnin off..Wesak day..mahalla pun kosong..tu yg internet-wireless connection smooth je..enjoy sangat, Alhamdulillah....
Thu dah lama dibuai mimpi. Tak berapa sihat tu tapi sempat juga kami singgah chicken rice shop kat carefour tadi..terserempak dengan si Sobri... Hah, apa lagi borak sakan la kami. Bila dah cuti ni, masing2 susah nak jumpa.
Di UIA ni, ada rakan2 yg agak rapat dgn saya. Kami umpama satu group. sebab sll belajar n ulangkaji sama2, kalau ada kelapangan kitaorg akan lunch bersama. 2-3 minggu menjelang exam paling meriah sebab kami akan stay up kat kuliyah sampai jam 2-3 pagi..Sytle africa kalau stay up, diaorg akan minum teh panas2 pekat2...si Hasan siap bawa tmpt masak air, gula satu balang, teh sekotak..huhu...tringat Sudan..
Mereka adalah:
-Thureya (kenya) - seorg yg tegas, berdisplin, organize...Bapanya seorg hakim..no wonderla..antara mereka ni sy plg rapat dgn Thu.
- Huda (Somal) - dia ada 5 org adik semuanya di Malaysia. berterabur..w/p berasal dr Somal tp dibesarkan di Yaman & US. typical somaliah, masih berpegang kepada adat. she's really nice girl.
- Sobri (Kenya) - hah, mamat ni belajar satu univ masa kat Sudan dulu tp x pernah jumpa pun. sbb Sudan kami boleh jadi kawan..geliga otak dia..pensyarah memang suka lah dia ni...rasanya ramai je kwan2 asia kat Sudan tu yg kenal dia ni.
- Hasan (Liberia) - Huh, sy sgt suka si Hassan ni bcz of his attitude..i like him as my brother la..not more than than..don't speculate ok! huhu..dia ni mmg brutal tp pandai memasak. sedap pulak tu..mmg disenangi oleh semua orang la, a good presenter. Graduan universiti madinah, dibesarkan di US.
- Ibrahim ( Liberia) - mamat ni pendiam. Tapi bila dah kenal baik ngan dia, meriah dunia ni..dia sgt matang berbanding usianya. Cara pemikiran pun cam org2 besar je..Ceh tak cukup besar ke kita ni?huhu.. Dia ni bila bercakap pasti die selit sajak ke syair ke..adoi, sape yg romantik boleh jatuh hatilah..hahah..Anyway, dia ni sgt bertanggungjawab n very gentleman..suka hulur bantuan... Lurus pun iye juga. hahaha.. dia sgt rapat dgn Hasan, kerana sudah berkawan dari kecil..graduan universiti Madinah juga.
- dan Ridha (Acheh-Indonesia)..hah yg ni satu2 nya hero Malaya dlm group ni..huhu...kalau kami bertekak masa perbincangan, dia lah yg tlg leraikan.Cool n calm person. Rilex je..very hardworking person...sgt aktif keje2 kebajikan. sy suka dgr citer dan pengalaman dia. byk juga tempat dia dah pergi. hah, 1 kegilaan si ridha ni adalah menonton movies. sampaikan nak belajar pun dia akan nonton movie dulu baru leh tekun belajar..pelik2.
Anyway, semalam hr jadi Ridha. x sempat nak wish die. Baru trigat tadi..wish through FS je. 2 hari lagi dia balik ke Acheh-bercuti. Dekat nak naik sem nanti baliklah dia, insyallah..
sayangnya gambar mereka x dapat sy sertakan di sini. nantilah, kalau dapat izin sy kongsi dengan korang..semua single lagi...x de masalah...hahahha
Sejak 2-3 hari lepas sy dihujani panggilan telefon oleh mereka ni..Semuanya bertanya antara satu sama lain, subjek apa yang akan kita ambil utk sem depan..hah, masing2 kalau boleh nak sekelas, senang nak mengulangkaji sama2...untungnya kalau dapat kawan2 macam ni..lain budaya, lain bangsa tapi sekepala...huhu..alhamdulillah syukur pada Allah atas nikmat ini..
oklah, sy stop sini dulu..jumpe lagi insyallah..
1 comment:
samela dengan mak saye. tak suka org kcu. nnt die halau. haha
Post a Comment