Sunday, June 15, 2008

#74 - 15 days from now

Salam,
Semalam gi KL sentral, book tiket balik ke Sarawak. Sepatutnya skrg ni sy dah berada di Sarawak tp oleh kerana banyak kerja di office terpaksa sy postpone tarikh.. Mujur abah dan mama faham. Kalau ikutkan hati memang x mau balik bila keadaan dah jadi macam ni. Sayang duit cz balik hy seminggu cuma.

Tp, mama n abah x kisah lama atau sekejap salkan balik n jumpa diorg. Lagi satu, mmg tugas sy atau adik, kalau balik sana beli barang2 utk diorg...barang2 masak mama, rempah ratus, keju Philapedhia tu saya kena beli, bukan satu, byk ketul kena bawak...majalah2 baru..buku2..kat Sarawak mahal giler barang. Macam dok Sudan pula...pergi ke Dubai hanya semata2 nak shopping baju raya n beli ikan, seafood, barang2 dapur....dasyat.

Seminggu lebih sy kat sana byk benda sy fikir sy nak buat. Masa sangat suntuk. Pertamanya, kami semua kena celebrate birthday Angah yg kena postponed dek lantaran menunggu kepulangan saya.

2nd, sy akan ke sekolah Ahmad n Eeqah, memantau perkembangan mereka. Kena tanya cikgu2, diaorg ni ok ke tak di sekolah. pelajaran diorg, Co-curriculum dsbnye. Semua ni penting. Dulu, masa sy tinggal di sana utk beberapa bulan, sibuk macamanapun sy akan rujuk guru2 kelas mereka bertanyakan perkembangan. Ada masalah atau tidak. x buat kerja sekolah, nakal ke...siap lah diaorg kalau sy dapat tahu benda tak elok. Semua guru2 yg ajar diorg ni dah kenal kakak Ahmad n Khazieeqah. Sy akan buat come-back setelah setahun x muncul...

3rdly, sy nak makan tengahari di restoran Hanny. Haha..sedap giler makanan kat restoran tu..laksa Sarawak menu utama.. Tiap hari minggu mesti abah mama bawa kami makan sana. Dah kenal baik dengan taukey.
Dia, anak jati Sarawak kahwin dengan orang Johor. huhu..

4rdly, nak main pantai..wah seronoknye...sy dah terbayang2 keasyikan menghirup udara pantai yg segar tu. Untungnya mama dan abah tinggal berdekatan dengan pantai..hari2 udara segar. buka tingkap bilik, bau pantai...fuh, asyik..

Lastly, jika sempat sy akan singgah Curtin University, jumpa kawan2 lama, pensyarah2 kat sana. Saya rindu giler dengan Jin Te, Yang Fan, Brian terutama sekali la..tu semua geng sy masa di sana. Hah, seorang lagi si handsome Muhammad. hahah...setahun sy meninggalkan Curtin University, nak tahu juga apa perkembangan diaorg ni...

Jin Te, antara org paling rapat dengan sy kat sana. Lelaki tp sy senang berkawan dengannya. Dia juga pandai masak you. Itu yg plg sy suka. Org lelaki pandai masak ni senang je nak menarik perhatian saya..Nama Lulu tu dialah yang bagi...hahah

Mereka ni semua not Chinese local but Chinese from China. Jin Te bukan Islam, of course. tp, sy tak kisah asalkan diorg ni menghormati antara satu sama lain. Jin Te selalu cakap, sejak kenal dengan sy, dia baru tahu apa itu Islam yg sebenarnya. Kalau sebelum ni dia anggap org Islam tu extremist tp bila kenal sy dia nampak dr sudut yg berbeza.

Belajar di Curtin tu memang sy anggap pengalaman yg cukup berharga. Lecturer ramai org luar, melayu boleh dikira dengan jari. Pelajar melayu x ramai kalau ada pun pelajar tajaan PETRONAS. Nak sesuaikan diri x ada masalah, tp masalah macamana nak dekati golongan bukan Islam ini..

Apa yg boleh sy katakan, sy bersyukur sgtlah. Sekurang2nya bila sy ditakdirkan belajar di sana, sy dapat dekati mereka dgn lebih dekat, at least sy sampaikan kepada mereka apa itu Islam yg sebenarnya. At the end of the day mereka boleh faham n suka berkawan dengan kita. Bagi open sikit minda..

Ada juga incident yg berlaku diluar jangkaan sy. Pernah sekali tu, sy bergaduh mulut dengan Jin Te n x semena2 dia tarik tangan saya. Sy yg tergamam ni menarik tgn minta lepaskan. Then, kawan2 lain marah pada Jin te "you cannot touch muslim girl, dont you remember that??It is wrong!"Jin te tersipu2 malu n say sorry for that. Dalam seminggu tu, dia x habis2 minta maaf. Sy tahu dia tak sengaja. Disebaliknya, sy rasa relieve sikit bila mereka dah ada kefahaman begitu. Batch kami, saya n Muhamad sahaja yg beragama Islam. Yg lain semuanya Christian n Atheist. Bila mereka berkata begitu bermakna mereka dah mula alert apa yg halal dan haram dalam Islam.

Sehingga kini kami masih keep in touch. Jin Te akan habiskan pengajiannya akhir tahun ini. After that tak tahu samada dia akan pulang ke China semula atau menetap terus di sini. Yang Fan walaupun muda tp sudah berkahwin. Her husband is local Chinese. Jadi, boleh selalu jumpa dia di masa akan dtg. Brian pula pernah kata dia nak stay di Malaysia tp semuanya bergantung pada keadaan. Diaorg semua akan habis belajar akhir tahun ini.

Hopefully, persahabatan kami ni x akan putus walau nanti masing2 dah balik negara sendiri. Abah n mama punya perancangan jika panjang umur mereka mahu habiskan sisa2 hidup mereka merantau dan tinggal di China. Hahah...bunyinya kelakar tp mama dan abah mahu eeqah n ahmad belajar di sana. While they are studying there, abah n mama boleh buka business di sana...huhu....cita2 gempak punyer..hahha..insyallah...

Esok- Isnin sampai Rabu sy ada big event... Asia Pasific Mediation Forum (APMF). Hosted by Harun M. Hashim Law Centre, IIUM. Click here for details: APMF

Sy salah seorg member of the commitee. Bukan calang2 org yg hadir nanti..Speaker n the Presenters terdiri dari professional trainers, judges, lawyers from Australia, Papua New Guinea, Hawai'i, Philipines, Korea, Japan, and Indonesia. So, it is like an event of the year for the law Centre. Harapnya semua berjalan lancar la..this program represents IIUM tu kalau x buat terbaik, bad marks la..ini bukan kali pertama sy bantu menjayakan program sebegini, tahun lepas pun law centre ada buat conference relating to mediation gak. But this time, penyertaan lebih global.

Sy mmg suka jadi member commitee sebab nak jadi participant tak mampu. registration fees mencecah ratusan ringgit per session. Oh tak mampu la saya. So, while incharging the hall, i can also participate n listen to what they say. Sambil menyelam minum air. Saya ni bukan lagi tinggal di Sudan when most of the speech n program, are free. You can just join them and listen. Here in Malaysia, no money no talk.

Oklah, sy nak sambung buat keje ni. Ada homework kena buat..88

3 comments:

KiDeN~H.D.3 said...

owh,akak org sarawak ke?
datang sudan nit belon.
wah..kakak mithali ni hehe..

smoga mmber2 akak yg non-muslim tu mendapat hidayah dr allah utk memeluk agama yg benar (islam lah)..
ameenn..

Nurul Zahar said...

Akak orag Johorlah Kiden, Sarawak tu rumah kedua je sbb ayah keje sana..
hahah...terpaksalah naik belon x kan nak jalan kaki pulak kan..huhu

kakak mithali?..belum lg sampai ke tahap itu..nnt esok Kiden pun akan buat cam tu juga. Sbb kita rs tggjwb kita memantau adik2.itulah hikmahnya, bila kita dah besar panjang ni dapat adik lagi..huhu..
kita dh tahu urus mereka, x perlu mak ayah pening kepala..

Jin te tu atheist..x percaya tuhan. tp lately dia dh boleh terima n faham sesuatu x terjadi dgn sendirinya...payah kalau x beragama ni.hdp bagai tiada arah tuju..mg2 mereka terbuka hati n diberi hidayah..

KiDeN~H.D.3 said...

oh..sory,igt serawak..
bru nk kecek srawak td(xreti pon~)..

btul2..abg2 n kakak2 yg besar kang jd cntoh n tauladan pd adik2.:)

insyaAllah..mudah2an masuk islam..
ameen..