Alhamdulillah, adik dah dapat kerja. Berita gembira itu saya terima malam tadi.Sejak sebulan yang lalu, berbelas temuduga yg dia pergi, akhirnya, dia accept offer yang ini. Itu pun setelah bermusyawarah dengan abah dan mama..Mula2 abah kurang setuju kerana office terletak jauh dari rumah..Di subang berdekatan dengan Ara Damansara nun. Sedangkan kami tinggal di keramat. Abah takut adik penat drive dsbnye tapi akhirnya abah setuju dan memberi galakan. Bukan mudah mendapat pekerjaan yang seiring dengan kehendak kita. Adik bertuah sebenarnya kerana mendapat job yg dia inginkan walaupun tiada pengalaman. Kalau tak silap saya, dia mendapat jawatan as a network engineer. Bidang yang dia minati dan boleh pergi jauh..
Tatkala rakan-rakannya yang lain masih sibuk kuliah, adik sudah mula memikirkan tentang bagaimana mahu membina kerjayanya. Jalur dan saluran mana yang perlu dia pilih dan apakah sebenarnya yang dia ingin capai dalam hidup ini. Bulan 9 nanti genap umurnya 21 tahun. Semoga pengalaman mematangkan dirinya.
Sy bukanlah ingin mendabik dada, tapi alhamdulillah jika dibandingkan dengan remaja di usia sebegitu, saya rasakan adik saya lebih matang dan pandai mengatur hidupnya. Abah saya sendiri, mengaku kalah kerana katanya sewaktu dia muda dulu, tidaklah se-berdikari adik pada tika ini. Segalanya2 adik lakukan sendiri. Nampaknya usahanya berbaloi walaupun mengambil masa yg panjang. Mungkin kerana dia sabar dan tidak terburu2.
Saya selalu berkata pada adik bahawa kita sebagai anak perlu sentiasa bersyukur dengan apa yg disediakan oleh mama dan abah. Bersyukur juga kerana mempunyai ibu bapa seperti mama abah. Mereka tidak pernah memaksa kami melakukan sesuatu yang kami tidak suka, malahan semuanya terserah pada kami. Asalkan kami tak lupa diri, tidak bongkak dan membelakangkan agama. Mereka sentiasa memudahkan jalan yg kami tempuhi..
Cumanya, mama dan abah selalu berpesan, kelak bila dah berjaya jangan lupa adik2. Jangan lupa pada angah, ahmad dan eeqah. Abah dan mama dah berikan segala2nya. Pelajaran tinggi, didikan semampu mereka dan bekalan hari muka. Pandai2lah kami mengaturnya kelak apabila mereka sudah tiada...besar tanggugjawab tapi saya sudah bersedia..
Bagaimana mama dan abah membesarkan, mendidik dan memberi pelajaran sebaik mungkin, begitulah kami perlu lakukan pada adik2..Setiap adik ada kelebihan dan kemahiran mereka tersendiri. Atas kita bagaimana ingin membimbing mereka dan memberi tunjuk ajar utk kebaikan masa depan mereka. Jangan sesekali terlepas pandang.

No comments:
Post a Comment