Lama x mendengar nama itu di sebut.
Setahun lamanya.
Setahun yang dingin.
Hari ini nama itu kedengaran kembali,
Jiwaku mula terusik.
Gelisah.
Di dalam dada,
Ada kenangan indah, tapi dibunuh dek api kebencian.
Ada luka yang belum sembuh.
Ada sesuatu dalam hati yang tidak terluah.
Sesuatu yang mencengkam jiwa.
Ia terus kekal di situ.
Apa harus aku lakukan?
Kenangan adalah barang silam.
Ingin aku buang, tapi ke mana?
Jauh aku lontar, tapi ia tetap bertamu.
Bukan kemahuanku,
Bukan pintaku,
takdir tertulis begini.
Aku pasrah.
KepadaMu tempat aku mengadu,
Jauh dari segala kesepian ini.
Mohon diberi kekuatan
agar aku tegar melawan.
Aku mulai sedar,
cinta yang aku kejar itu,
belum ku fahami isi kulitnya,
kerana itu aku ragu.
Kini, ada cinta yang bersuluh,
sentiasa menerima diriku,
tanpa mengharap sebarang balasan.
kerana Dia tidak pernah ragu.
3 comments:
fulaamaakk..giler la ayat!
persoalannya..siapakah 'nama itu'..hehehe
'nama itu'?
biarlah rahsia...
ceewwaahh..
hehehehe
Post a Comment