Isu salah rumah ini pernah menjadi topik hangat kami sekeluarga ketika tinggal di Sudan. Ada banyak kenangan yang boleh dikaitkan dengan isu ini. Kenangan manis yang tentunya mampu membuat kita tersenyum tatkala mengingatkannya.
Ketika di Sudan, saya dan keluarga tinggal bersama 13 buah keluarga Malaysia lain di dalam sebuah bangunan yg mempunyai 4 tingkat. Maknanya ada 14 buah pintulah kesemuanya tidak termasuk play-room & surau. Apa yg membezakan pintu2 ini hanyalah pada nombornya sahaja kecuali mereka yg tinggal di first floor, warna pintu berbeza. Seringkali terjadi penghuni disitu, ter-confuse dengan tingkat rumah mereka. Akibatnya mereka tersalah masuk rumah.
Pernah terjadi, ada antara bapa2 yg pulang dari kerja, tersalah masuk rumah orang lain. Bila dah buka kasut, baru je nak melabuhkan punggung, terperasan sesuatu "Eh, apasal lain macam je rumah ni? bini aku dah ubah kedudukan sofa ke?" Tapi, bila ternampak frame di atas meja, baru perasan- tersalah masuk rumah!..wakakak.. malu sendiri...mengucap panjang..adoi, cerita ini bukan rekaan. Memang benar2 terjadi.
Hot jugalah topik ini buat beberapa ketika. Biasalah bapa2 dan ibu2-sakat menyakat antara satu sama lain. Akibatnya, para ibu2 digesa mengambil langkah berjaga2 dengan mengunci pintu terutama pada waktu puncak ketika para suami pulang dari kerja. Para bapa pula 'diwajibkan' mengira tingkat dan melihat nombor rumah terlebih dahulu sebelum membuka pintu..Hahaha....
Ada satu lagi kejadian yang sampai hari ini, bila teringat cerita tersebut, ketawa senak perut.
Nak dijadikan cerita, ada satu majlis keramaian diadakan di salah sebuah bangunan residence. Adat kami, semua orang akan turun padang membantu. Adalah 2 orang hamba Allah ini turut sibuk menolong apa yang patut. Kerana bangunan itu bertingkat2, penat jugalah mereka turun naik mengangkat barang n segala macam benda yg perlu diangkut.
Nak dipendekkan cerita, 2 orang hamba Allah ini masuk ke dalam rumah untuk mengambil barang di dapur. Ketika melangkah masuk, tiba2 ada seorang lelaki muncul di muka pintu. Masing2 terpana. Lelaki itu bertanya dengan nada terkejut " Eh buat apa kat sini?" si hamba Allah ni menjawab "Eh, buat apa lagi! nak ambil barangla!!" dengan angkuhnya 2 orang hamba Allah ni terus berlalu meninggalkn si lelaki yang terpinga2 di situ. Terus mereka ke dapur untuk mengambil barang akan tetapi, belum sempat sampai ke dapur, baru mereka perasan bahawa mereka sudah tersilap masuk rumah!!!..malangnya nasib..dengan muka yg separa tebal, cepat2 mereka meninggalkan rumah tersebut dengan lelaki tadi yg sudah mulai pecah perut ketawakan mereka. Lama juga peristiwa tersebut menjadi bahan ketawa penghuni2 di situ. Malunyer....hahahah
hai...macam2 ragam! dunia2..
Moral of the story : Beri salam sebelum masuk.
p/s: Rumah yg mereka masuk tu sebenarnya tidak berpenghuni walaupun lengkap perabot n perkakas dan lelaki yg disebut tadi tu penyelia di situ. Jadi dalam hal ni, siapa yang salah??huhu
No comments:
Post a Comment