Sy masih dalam proses menukar bilik asrama dari postgraduate room to undergrad. More economical. Sebab itu dalam tempoh 2-3 hari ini terpaksa berulang alik ke rumah seperti biasa.

Hari ini umur saya sudah menginjak ke nombor-23. Nombor bertuah tu. Haha. Bertuah dari sudut apa ye??. Sy mengharapkan yang terbaik untuk hari-hari mendatang. Kerana itu saya perlu bekerja keras. Ketika masih menuntut di maahad lungah (ketika itu saya berumur 16 tahun) saya sudah menyusun perancangan. Apa yang ingin saya lakukan selepas itu. Gambarajah "My desire" yg sy cipta sendiri, yg dilekatkan di dinding tepi katil asrama menjadi bukti. Ia bertindak sebagai peransang setiap kali saya berasa 'down' dengan cabaran yg dihadapi. Saya masih menyimpan gambarajah tersebut. Bila direnung kembali, ada keinginan yg telah saya gapai ada yang tidak. Contohnya, saya punya impian untuk mendapat mumtaz ketika di undergrad dulu, tapi tidak tercapai. Usaha mungkin tidak setimpal. Tapi, saya pulang ke Malaysia dengan menjadi kebanggaan mama dan abah. Cukuplah. Sy sudah buktikan walaupun tidak memiliki asas arab yg kuat di awal pembelajaran, saya mampu meneruskan pelajaran di Sudan dan pulang dengan segenggam ijazah. Soal pengiktirafan tidak pernah menjadi isu. Abah dan mama sentiasa befikiran terbuka.
Kini, seperti yg saya rancang, saya sedang menimba ilmu untuk memperkukuhkan lagi ilmu yg sedia ada. Selama2nya saya akan terus belajar dan belajar.
Jika tiada aral melintang, saya akan grad akhir tahun ini dan alam pekerjaan akan menjadi sinonim dengan diri saya tidak lama lagi, Insyallah. Namun, saya masih mahu menimba ilmu secara formal. Sy merancang untuk bekerja sambil belajar dan itu hanya dapat saya lakukan paling awal pun bulan 6 tahun hadapan. Bergantung kepada keadaan semasa selain faktor kewangan yang semakin menghimpit. Saya perlu berdikari.
------------------------
Hari ini tidak ada kelas tapi saya akan keluar sebentar. Ke kedai buku pastinya. Bila sunyi2 begini, saya lebih senang melepak di Kinokuniya KLCC tu. Sebab itu sahaja kedai buku yg selesa utk membaca, tiada istilah 'menyakitkan mata' dan yg paling penting, dekat dengan rumah. Sy akan duduk membaca sehingga hati berkata "enough for now".
Sejam sebelum masuk waktu solat, saya akan ke masjid Asy-Syakirin. Saya sukakan ketenangan di situ. Banyak kenangan. Di masjid itulah tempat saya selalu mengulang kaji pelajaran. Dulu, jika pulang ke Malaysia, saya selalu lepak di situ. Di masjid itulah tempat saya menghafal quran sebagai persediaan untuk imtihan syafawi. Dan di masjid itulah juga menjadi destinasi utama jika ingin bersendirian. Saya berasa selamat di situ. Saya pun dah kenal dengan pakcik yg menjaga masjid tu. Tapi, kini dah diganti dengan orang lain.
Doa untuk diri saya sendiri; Semoga panjang umur untuk terus beribadah dan berbakti kepada kedua ibu bapa dan agama. Semoga lebih tekun dan berusaha untuk mencapai kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.
2 comments:
Selamat hari jadi :)
terima kasih aishah!!
Post a Comment