Sunday, July 27, 2008

#102 - Yang teristimewa

Rutin harian saya selepas tamat kelas adalah ke library. Jam 9 hingga 11 malam. Saat itu adalah waktu terluang untuk membelek akhbar harian sambil menonton CNN di ruang bacaan. Malam kelmarin library agak lengang tidak seperti selalu. Mungkin ramai yang mghabiskan masa cuti hujung minggu di rumah. Saya duduk di tepi suatu sudut, menyalin nota sambil telinga memasang earphone agar saya dapat mendengar butir bicara di kaca televisyen. Ah, saya rasa sangat tenang dalam suasana seperti itu.

Ada satu kisah yang dipaparkan menarik perhatian saya. Saya mendengar dengan tekun, walaupun jari jemari ligat menyalin nota kelas sebelumnya.
Sebuah program di CNN mengupas sesuatu isu dihidangkan kepada penonton setiap malam Jumaat. Kali ini kisah di sebalik sebuah kehidupan "Listen..I have something to tell you" – Itulah tajuk yang diberi. Kisah kehidupan seorang budak lelaki berusia 5 tahun yang tidak boleh mendengar (pekak) dan bercakap (bisu) dan dalam pada masa yang sama mempunyai saudara kembar yang sempurna.Isu yang diketengahkan adalah tentang tanggapan masyarakat berhubung "disabled child", pengalaman ibu bapa membesarkan anak istimewa dan konflik dalam diri anak itu sendiri yang membesar bersama kembarnya yang sempurna tanpa ada sebarang kecacatan fizikal.

Ternyata berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul tapi, saya kagum dengan sikap ibu bapanya yang tidak mudah mengalah malah mempunyai pandangan yang positif dalam semua perkara. Cumanya ada sesetengah perkara yang mereka gusarkan. Ibunya meluahkan:
"I never bother with the fact (Dickson’s situation) but what I am worrying is his re-action towards Jacob. Sometime, Jacob’s friend would come to house to sleep over and they enjoy playing together but Dickson seems uncomfortable as other friend doesn’t know him; how to speak to him. Only Jacob understands him more than anyone else. For Jacob, I do not know what will happen when they grow up. Either he feels shy to be with Dickson and think that its a burden as Dickson always depends on him or he may become too protective over Dickson. I do not know."

Mereka terlalu kecil untuk faham semua itu tapi saya dapat melihat bahawa Dickson sebenarnya adalah seorg kanak2 yang cekal. Tatkala ibu bapanya ditanya mengapa tidak melakukan pembedahan untuk membaiki sistem pendengarannya dan ibunya menterjemah apa yg ditanya wartawan, Dickson mencelah menggunakan bahasa isyaratnya. Mengatakan bahawa dia teringin sekali untuk di bedah, dan tidak kisah kerana yang penting dia dapat mendengar seperti orang lain.

Melakukan pembedahan mungkin jalan terbaik, tapi bukan mudah seperti yang di sangka. Menurut doctor, dia perlu membedah otak Dickson kerana di situlah segala masalah bermula, bukan dari sisi telinganya. Itu adalah satu risiko yang sangat tinggi dan kerana itulah ibu bapa Dikson menolak kerana jika pembedahan tidak berjaya, mereka akan kehilangan Dikson buat selamanya. Mereka belum bersedia.

Tiba-tiba saya teringat seorang kawan pernah berkata "the most important thing in this world is life, as long as one can live, that’s happiness". Kehidupan - sesuatu yg mungkin kita tidak ambil pusing padahal itulah antara nikmat terbesar yang Allah berikan pada kita.

Dari sudut yang lain, saya cuba menempatkan diri saya dalam keadaan kedua ibu bapa tadi. Adakah saya kuat untuk menghadapi semua ujian tersebut? Mampukah saya terus memberi harapan dan semangat untuk anak kecil itu untuk terus hidup dengan gembira tanpa merasakan dirinya punya kekurangan?

Jawapannya, ya! Mgkn saya kuat untuk menghadapi semua dugaan tersebut kerana saya sudah terbiasa dengan keadaan seperti itu walaupun bukan berperanan sebagai ibu bapa (Cakap mmg mudah tapi kepada Allah jua kita memohon pertolongan) Sebagai seorang kakak yang mempunyai adik yang kurang upaya, saya rasakan tidak jauh bezanya dengan ibu bapa tadi dan Jacob. Cumanya dalam context conflict hubungan antara adik beradik, kami sempurna dan dia tidak, saya merasakan isu itu tetap ada walau tidaklah terlalu ketara. Namun, diambil dari sudut yang positif.

Contohnya, sewaktu kecil saya merasakan kedua ibu bapa saya memberikan perhatian yang berlebihan terhadap adik saya. Bila keluar berjalan, mereka sangat mengutamakan dia. Saya perlu memerhatikannya dan tidak bebas bergerak ke mana2 yg saya suka. Di pusat beli-belah, saya perlu menolak kerusi rodanya, walaupun ada ketikanya saya mengeluh kerana tidak berkesempatan untuk meninjau barang2 kesukaan saya. Bila dia bersuara untuk melihat2 ‘toys area’ saya perlu menyerongnya ke situ.
Apabila berada di satu2 jamuan makan, saya yang perlu duduk dekat dengannya. Memastikan segalanya dalam keadaan yg baik. Pinggan di atur dan cawan diletakkan di tempat yang betul agar dia dapat makan dengan selesa.
Adakalanya saya ‘terasa’ akan hal itu tapi apabila meningkat dewasa saya mula faham, kenapa dan mengapa hal itu berlaku.

Saya juga mula faham kenapa mama dan abah mendidik saya sebegitu tidak lain adalah supaya saya bersikap lebih bertanggungjawab dan sedar akan peranan sebagai seorang kakak yang perlu berkorban sedikit untuk adik yang kurang upaya.

Ejekan dan guraun kasar orang sekeliling semmgnya adalah perkara biasa buat saya. Renungan sinis orang yang melihat keadaanya adakala seakan duri menusuk ke dada tapi saya biarkan sahaja. Tidak mahu ambil pusing kerana mereka tidak pernah ada kena mengena dengan kehidupan kami. Dia tetap adik saya. Dia tidak sempurna tapi dia juga manusia.

Jadi, saya faham perasaan si kecil Jacob. Mungkin dia masih kecil untuk faham ini semua tapi lambat laun dia akan mengerti dan sedar betapa dirinya penting untuk orang seperti Dickson dan adik saya untuk terus hidup gembira. Kerana kitalah inspirasi mereka. Apabila kita menerima golongan seperti mereka seadanya, mereka akan turut berasa gembira dan dihargai..

Segelintir masyarakat Malaysia masih belum mampu menerima sepenuhnya orang kurang upaya ini. Walaupun kerajaan asyik menguarkan2 tentang 'berilah peluang untuk mereka' tapi saya masih rasa isu diskriminasi masih tidak boleh di elakkan. Ini juga bersangkutan dengan mentaliti masyarakat sekeliling. Pengalaman saya yang pernah membesar bersama adik di dalam dan luar negara ternyata memberi satu jawapan. Masyarakat Malaysia perlu bersikap mesra alam dengan golongan OKU ini. Tidak seperti di luar negara. Mereka ini di layan sama rata, dari segi hak dsbnya. Kemudahan untuk mereka bukan satu isu lagi.

Sehingga hari ini, adik saya masih belum memperolehi kad khas OKU nya. Kenapa? Sebab kami sudah bosan dengan karenah birokrasi pihak2 terbabit sedangkan adik saya sudah memohon untuk memperolehi kad tersebut 10 tahun yang lalu ketika dia masih di bangku sekolah lagi. Kita tunggu dan lihat 10 tahun lagi.

No comments: