Pagi tadi hujan sekali lagi membasahi bumi.Deru angin kedengaran kuat. Saya membuka tingkap mengambil angin pagi yang ternyata sungguh nyaman. Syukur dengan nikmat tuhan.
Pandangan di lontar jauh. Bukit bakau di sekeliling dapat saya lihat dengan jelas walau kabus sedikit mencacat penglihatan. Masyallah....Hilang sekejap masalah yg di alami. Walau untuk seketika. Saya hulurkan tangan, menikmati rintik-rintik hujan. Sejuk.
Saya biarkan lamunan hadir. Ada hamba yang saya kenali, sangat sukakan hujan. Jika bisa, setiap kali hujan turun dia mahu bermain dengannya...gila, gurau saya.
Selalu di ajak bermain dengan rintik hujan,namun hanya gelengan kepala saja yang mampu saya berikan. Pernah suatu saat, dia menarik tangan saya agar menikmati bersama hujan halus yang turun. Dia mendongak kepala dan senyum menatap langit. Ada kepuasan di wajahnya. Manusia yang pelik.
Hujan di luar semakin menggila. Saya menutup sedikit tingkap agar tempias hujan tidak terkena meja di hujung sudut. Pagi ini tiada temu janji jadi saya lebih senang menghabiskan masa di bilik sambil menghadap laptop kesayangan. Saya perlu mencari maklumat tambahan untuk assignment subjek Private International Law yang membincangkan tentang doctrine of forum non conveniens atau dlm bahasa arab عدم ملائمة المحكمة . Saya sangat suka akan subjek P.I.L ini kerana pada pengamatan saya ianya tidak jauh lari dengan bidang family law yang saya minati.
Minggu lepas, kuliyah family law mula memasuki perbincangan topic divorce. Gamat suasana kami pada petang itu. Masing-masing ada pendapat dan cerita tersendiri. Saya memberikan tumpuan 101% pada petang itu. Sebab saya tahu isu ini sangat penting memandangkan masyarakat kita hari ini berhadapan dengan pelbagai faktor dan masalah sehingga menbawa kepada keruntuhan institusi kekeluargaan. Kes penceraian semakin hari semakin meningkat. Seperti adanya trend. Di Saudi Arabia contohnya, masyarakat mereka sendiri mengakui adanya trend berkahwin semata2 ingin menunjukkan si lelaki itu 'mampu' dari segi kewangan namun belum setahun usia perkahwinan isteri diceraikan. Kemudian berkahwin-cerai-kahwin-cerai. Kita sendiri sedia maklum, kos hantaran kahwin yang tinggi, mengakibatkan ramai yg tidak mampu berkahwin. Segelintir yang mampu pula, mengambil kesempatan.
Malaysia juga apa kurangnya dlm isu hantaran tinggi ini . Tapi pada pandangan saya tidaklah terlalu ketara seperti yang melanda negara timur tengah. Peningkatan penceraian di Malaysia berlaku kerana banyak faktor namun akarnya pd hemat saya adalah berpunca dari kurangnya penekanan agama dalam diri pasangan itu sendiri. Sikap kurang bertanggungjawab dan sambil lewa dalam menguruskan rumah tangga juga menjadi salah satu faktor.
Muda mudi masa kini lebih cenderung memilih pasangan berdasarkan cinta semata-semata dan mengetepikan garis panduan yang diberikan agama dalam memilih pasangan yang sesuai. Apabila agama tidak diletakkan di tempat sepatutnya, maka timbullah berbagai masalah. Kita harus memahami bahawa, perkahwinan bukanlah semata2 menghalalkan apa yang sebelumnya haram dan memenuhi tuntutan nafsu semata, akan tetapi ianya meliputi tanggungjawab dan hak yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin. Disulami pula dengan kasih sayang, sakinah,mawaddah wa rahmah.
Tahun lalu Utusan Melayu ada melaporkan tentang peningkatan kes penceraian di kalangan umat Islam negara ini yang berada di tahap yang agak membimbangkan di mana kebanyakan kes yang dikemukakan banyak membabitkan pasangan berumur 30-40 tahun. Ini bermakna, selain golongan muda yang seringkali dikaitkan, golongan yang berusia juga berpontensi besar bercerai.
Jika golongan muda dikaitkan dengan isu kurang kefahaman tentang tanggungjawab dan hak, golongan berusia pula cenderung kepada kegagalan berkomunikasi antara satu sama lain. Ada benarnya dakwaan ini kerana kebanyakan kes yang saya jumpa dan dengar dari mereka yang berpengalaman, memberitahu bahawa masalah komunikasi menjadi antara punca utama penceraian di usia sebegitu.
Kerana itu di dalam Islam, dianjurkan sulh atau reconciliation. Ketika saya berpeluang menerumah ramah Hakim Mahkamah Syariah W.P Dr. Naim Mokhtar genap setahun yang lalu, beliau mengatakan betapa agama Islam itu agama yang memudahkan umatnya. Ikut caranya, maka bahagialah kita. Beliau menerangkan bagaimana proses sulh itu sebenarnya membantu pasangan untuk lebih memahami pasangannya. Ketika sesi sulh di jalankan, ketika itulah segala ketidak puas hatian pasangan dimuntahkan. Ini satu cara untuk memberi ruang buat pasangan agar bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan masing-masing dan seterusnya mengelak berlakunya perceraian.
Saya terpanggil menulis tentang isu ini kerana baru mendapat khabar kurang baik dari jauh. Saya mendapat tahu bahawa seseorang yang saya kenali telah menceraikan isterinya yang baru dinikahi tidak sampai 6 bulan. Mengucap panjang saya mendengarnya. Apa lagi yang mampu saya katakan? Jika selama ini, saya mendengar luahan dan mengikuti perkembangan pihak yang tiada kaitan dengan diri saya, tapi hari ini ianya berlaku kepada kenalan sendiri.
Saya mengenali ahli keluarganya termasuk ibu dan bapanya. Pelbagai perkara yang tidak enak singgah di telinga saya. Tapi, yang paling ketara adalah tomahan dan tuduhan terhadap 'bekas isteri/menantu'. Terdetik di hati saya, mengapa wanita seringkali menjadi mangsa paling sengsara apabila berlakunya penceraian? Saya tidak berpihak kepada sesiapa. Namun, prinsip saya, jangan cepat menghukum orang lain sebelum benar-benar terbukti dia yang bersalah. Pemimpin yang baik adalah yang lambat menghukum. Jangan cepat meletakkan kesalahan di bahu orang lain sedangkan diri sendiri punya kelemahan di sana sini. Selain itu, menjaja cerita tentang keaiban orang lain bukankah itu satu perkara yang amat dibenci Allah? Saya kecewa dengan apa yang berlaku.
Sebelum kita menunding jari, alangkah baiknya jika kita cuba belajar mengenali diri. Kenali diri kita sedalam-dalamnya. Apa kelemahan diri kita? Bermuhasabah adalah cara yang terbaik. Ibu bapa memainkan peranan yang penting kerana apabila berlaku penceraian merekalah tempat rujukan dan berlindung.. Sebagai ibu bapa yang tentunya lebih dahulu makan garam, mereka perlu bersikap realistik dalam berhadapan dengan situasi seperti ini....Janganlah pula ditambah-tambah masalah yang ada..
Semoga Allah memberi kekuatan kepada mereka2 yang diuji dengan ujian seperti ini. Anggaplah segalanya sebagai satu pengajaran buat sempadan diri di kemudian hari. kesalahan hari ini jangan di ulang, namun kita hanya manusia biasa. Tidak lepas dari kesilapan...
p/s: Pasrah dan redha. Allah menguji mereka yang sabar.
No comments:
Post a Comment