Kata mama, biar rumah kelihatan kemas n sentiasa bersih. Adik pula pembersih orangnya. Habuk sedikit pun dia dah bising. Anak mama la katakan.
Kebetulan Selasa itu, sy berada di rumah. Lama sungguh tidak berjumpa Bibik. Banyak jugalah perkara yg kami bualkan. Dia ibarat mak saya juga. Tempat sy bercerita.
Sedang kemas2 tu, bibik terjumpa gambar2 lama sy sewaktu kecil. Kami sama2 ketawa. Ah, lainnya saya waktu kecil. Banyak gambar saya dan 2 adik lelaki saya tu. Kami bertiga memang rapat. Salah satu faktornya kerana umur kami yang hanya selang setahun sahaja.
Saya katakan pada Bibik, gambar2 tersebut di ambil ketika saya sudah agak besar. Gambar2 sewaktu bayi dan ketika pra-tadika disimpan elok oleh nenek. Dia x pernah benarkan saya simpan gambar2 tu sebab katanya saya ni hidup pindah randah. Nanti hilang entah ke mana. Nenek saya memang suka menyimpan gambar. Gambar kahwinnya yg berusia hampir 50 tahun tu masih elok dalam simpanan.
Sebab itu, dia cukup excited kalau tiba hari raya. Sesi bergambar..hehe
Itu nenek sebelah mama..
Sebelah abah, lagilah...arwah nenek dulu memang suka buat photo shoot beramai2 bila time hari raya. kemudian 2-3 tahun sekali, dia akan tukar gambar di dinding. Sekarang ini, bila masuk je rumah nenek, terpampanglah 2 buah potret keluarga yg berbeza. Satu tahun 1989 satu lagi tahun 2000. Hah, tengoklah perbezaan gambar sebelum dan selepas 11 tahun..senyum2 kambing la siapa yang rasa hingusan lagi waktu tu..hehe.. Sekarang, bila arwah nenek dah tak ada, susah nak kumpul semua org satu2 masa. Hari raya pun bukan semua dapat balik. Tapi, gambar itu tetap menjadi kenangan sampai bila2.
X de apa lagi nak cerita. Korang enjoy jelah tgk pic2 kami 3 beradik masa kecik2..sy taruk yg mana sempat...dan sy letakkan sekali gambar Ahmad n Eeqah waktu diorg kecil2. compare..ada sama?

Banyak2 tempat, kat Sudan juga kami bertemu...
Cantikkan perancangan Allah?

Skrg ni, dia yang nak telan saya adalah...




Emm....Bila tengok gambar2 ni..terdetik dalam hati, indahnya dunia kanak2 ye. kalau jadi kanak2 selamanya kan bagus. Bersih, suci, x ada dosa..Mama n abah pun tampak muda...
p/s: gambar dengan Angah x banyak la pula..tp x pe, kang nanti kalau jumpa, saya taruk in the next post...kalau korang tengok muka dia masa kecil, tentu korang x caya tu adik saya...sbb dia je yg lain...
p/s: gambar dengan Angah x banyak la pula..tp x pe, kang nanti kalau jumpa, saya taruk in the next post...kalau korang tengok muka dia masa kecil, tentu korang x caya tu adik saya...sbb dia je yg lain...
2 comments:
salam... apa khabar...
Salam, alhamdulillah saya sihat..(^-^) terima kasih kerana menjenguk
Post a Comment