Tuesday, August 12, 2008

#113 - Sarawak, again

Saya akan balik ke Sarawak Jumaat ini tapi, sekejap sahaja.
Isnin saya akan terbang semula ke KL.
Abh sudi sponsor tiket kapal terbang.
Alhamdulillah. Rezeki akhir tahun.
Jgn salah faham ye.
Selalunya, tengah2 bulan macam ni, kocek selalunya dh kering.
tapi, sy trpaksa juga balik ke Sarawak (jg adik2 lah apa lagi..Tulah fungsi kak long)
Mama n abah pula terbang balik ke KL..
Sebab Sabtu ini adalah hari penting untuk adik.
His convocation.
Banggalah mama n abah...
Adik mendapat ijazah pertamanya ketika berusia 20 tahun.
Graduan paling muda dalam batchnya di universiti.
N dia juga antara mereka yg berjaya memperolehi pekerjaan di syarikat yg berprestij di ibu kota..
Alhamdulillah..tapi, sy selalu pesan pada dia,
x guna jadi anak pandai n bijak tapi,
akidah n akhlak tidak mantap...
dia pun dh besar, blh fikir sendiri..

Malamnya pula, abah n mama akan menghadiri majlis anugerah perkhimatan Petronas.
Sudah 25 tahun abah berkhidmat. Sekejap sahaja masa berlalu.
Saya selalu ingat itu kerana angkanya tidak jauh dari umur saya.

Ahad pula, mama nak habiskan masa membeli belah katanya.
Tu hah, baju raya utk adik2 belum dibeli lagi. Kesian diaorg.
Kalau korang nak tahu, ceh..kalau nak taula..
dah 2-3 tahun kitaorg x beli baju raya.
Abah n adik2 lelaki saya,
pakai baju yg sama sejak setahun dua yg lalu...nak tahu kenapa?
berjimat....
Otak kena bijak sket dalam hal 'pusing duit' ni.
Sy selalu ingatkan adik2, org lain mgkn boleh bertukar baju raya tiap2 tahun, tp x semua mampu bertukar kasut n baju sekolah setiap tahun plus dapat masuk sekolah yg terbaik.
fair la kan?
So, jangan nak byk songeh.

Saya sendiri, dah lama x beli baju kurung baru.
Pakai aje yang lama. Masih elok lagi. X perlu membazir.
Ditambah lagi, sy mmg kurang gemar memakai baju kurung.
Jadi baju2 yg jarang saya pakai itulah yg saya sarung untuk berhari raya.
Sama je saya rasa. Tak de masalah.

Sape2 yg mampu, bolehlah buat sampai 10 pasang baju.
Oh saya x mampu..
So, bila x mampu buat cara x mampu...bak kata mama,
kita ni kena sentiasa hidup dengan berpijak di bumi yg nyata.

No comments: