Thursday, November 13, 2008

#147 Tahniah Nurul Khazieeqah!

Sy tak tahu apa reaksi dia bila result UPSR nya keluar. Gembira atau sedih sebab saya tiada di situ bersamanya.
Yg pastinya sebelum keputusan di umumkan sy selalu berpesan agar menerima apa shj keputusan dengan redha jika teruk pun tidak mengapa. Jika pun dia memperolehi keputusan yang bagus alhamdulillah.

Br sebentar tadi, dia menghantar sms,
"Along.....eeqah dapat 3A 3B 1C"
Ringkas sahaja smsnya.
Saya lantas menelefonnya.
Alhamdulillah, tidak lah seteruk mana walaupun sy tahu dia mampu lakukan lebih baik lagi.
Ada hikmah yg tersembunyi.
Lagipun mama n abah tidak pernah memarahi kami adik beradik jikapun tidak mendapat A dalam peperiksaan.
Bak kata adik sebentar tadi, result is nothing but progress is important.
adalah hikmahnye tu.

3A 3B 1C
A - BM pemahaman, BM penulisan n Mathematik cina
B - English, Bahasa Cina Karangan, n Science Cina
C- Pemahaman Cina.

dia expect 5 A termasuk Science n English. Mesti dia agak kecewa tapi tak mengapa..Jalan masih panjang lagi untuknya.
apapun sy tetap bangga dengan adik saya kerana dia mampu menguasai bahasa cina dengan baik. Walaupun dari segi peperiksaan kurang cemerlang, tapi dari segi practical dia mampu berbahasa dengan baik hasil dari aktiviti ko-kurikulum seperti perbahasan dan pidato.
Tidak mendapat A bukan bermakna dia tidak bagus. Dia perlu lebih fokus dgn apa yg dia lakukan.

Saya kagum apabila dia mengambil keputusan untuk mengambil exam Math n Science dlm bahasa cina... Guru2 di sekolah sebenarnya yg mencabar dia. Di sekolah cina, para pelajar boleh memilih samada utk mengambil peperiksaan matematik n science di dalam bahasa inggeris atau bahasa cina. Dia memilih utk lakukan di dalam bahasa cina walaupun ramai yg memilih bahasa inggeris.

Sy juga kagum kerana dia mampu seimbangkan academic dan bidang agama. Buktinya dia cemerlang di sekolah agama n selalu berada dalam top 3.

Apapun, buat eeqah tersayang, Along tetap berbangga!
So, bersedia untuk mendapat kejutan dari along n adik!!!

No comments: