Sunday, February 1, 2009

Argghh...

Hubungan saya dan adik macam tak berapa ok. Itu yang saya rasa. Tak tahulah dia. Saya ni sensitif sikit. Saya tak boleh lah orang yang saya sayang buat don't know je dgn saya. Tak bestla.

Hidup di KL ini, hampir tiada masa untuk bergurau senda. Masing-masing sibuk. Kerja,kerja, kerja. Apa lagi? Pagi bangun terus gi kerja. Tak sempat nak sarapan sama2. Balik dah malam, penat terus tido. Saya tak biasalah hidup macam ni. Saya tahu adik penat. Sbb dia tu workaholic. Selalu juga dia tak balik, OT sampai pukul 3 pagi baru sampai rumah. Lelaki tak per la. Tapi natijahnya saya terpaksa dinner sorang2. Cukup x best. Argghh..tensionnyer.

Sejak dulu saya dah terbiasa. Sibuk macamana pun pasti makan malam bersama. Samada dengan keluarga atau dengan kwn2. Di Sudan dulu pun saya tetap praktikkan benda ni kerana saya tinggal di asrama. Masak dan makan beramai2. Jarang ketinggalan. Sbb sy percaya makan bersama mampu mengeratkan hubungan.

Saya tahu mungkin adik pun x suka keadaan macam ni. Bila balik, saya dah tidur. Walaupun dalam seminggu tu 2-3 hari je betul2 jumpa dan berborak, saya tetap bersyukur. Tapi kalau boleh, sy tak mahu terus-terusan begini.

Apapun, saya tabik adik. Walaupun dia sibuk, tetap dia mengambil berat. Setiap malam kalau dia sempat dia akan menjenguk sy di bilik tidur. Pastikan saya ada. Saya ni kadang2 take for granted sesuatu perkara. Contohnya bila saya tidur di rumah kawan etc lupa memberitahu dia. Pernah sekali jam 3 pagi dia calling2. Saya dah lama dibuai mimpi. Kawan yg angkat. Katanya dia check saya tiada di bilik tidur. Risau katanya. Saya mohon maaf. Saya mmg begitu. Selalu terlupa.

Dalam hal ini, saya sedar saya tak boleh pentingkan diri sendiri. Asyik fikir perasaan sendiri. Sebab apa yang berlaku bukan lah yang diminta2. Dalam kesibukan adik dia masih mengambil berat lagi kebajikan saya. Dan saya perlulah faham.

Sekarang ni saya rindu..Mama..rindu sama mama.. Rindu pada semua. Saya harap mereka dapat pindah semula ke semenanjung secepatnya. Sekurang2nya hari minggu saya boleh berulang -alik jumpa mereka. Tak kiralah. Terengganu ke, kedah ke. Saya sanggub.


2 comments:

pentakde said...

erm....don be sad...it's normal maaaa...dimana ada baik mesti ada jahat...dimana ada rilek mesti ada tension....

tapi biasa la kekadang kite ni suke melayan perasaan..so terjadi la camtu...think positive maybe it will help u..

adios

Nurul Zahar said...

Pentakde,
Terima kasih. Sy cuba lawan dgn berfikiran positif tapi sy ni manusia biasa kadang2 terlayan juga perasaan ni. Caranye dgn meluah begini. Huhu saya dah ok. Thanks for your lovely advice. Hidup ini macam ni la kan. Ada gembira ada sedih.Pelbagai rasa pelbagai warna. Baru indah. Kita adalah apa yang kita fikirkan...