Wednesday, February 18, 2009

Mana melayu?

Salam semua.
Dalam pencarian saya mencari pekerjaan tetap, banyak juga sesi temuduga yang saya hadiri dan alhamdulillah kebetulan pulak semuanya memang top-top company di Malaysia ni. Cumanya saya berasa diri agak terpencil di bumi sendiri. Yang hadir semuanya cina hanya satu dua wajah melayu yang saya jumpa. Pelik. Mana pergi graduan melayu? Sungguh. Saya bimbang akan hal ini. Saya juga pernah menghadiri satu temuduga untuk jawatan 'biasa-biasa saja'. Dan terbukti terlalu ramai melayu yang menghadiri.

Mungkin tanggapan saya ini salah tetapi inilah realiti dan hakikat sebenar apa yang berlaku di luar sana. Kaum cina mempengaruhi banyak perkara dari banyak segi, meskipun mereka adalah golongan minoriti seperti diperkatakan sesetengah pihak. Akan tetapi pada padangan saya, masyarakat cina bukanlah golongan minoriti bahkan mereka itu adalah golongan majoriti yang bersaing dengan kita. Namun, yang pahit untuk ditelan ialah golongan ini lebih ketara menonjol jika dibandingkan dengan kita. Apabila dilontarkan isu ini, seseorang yg baru saya kenali berkata "Malays are not competitive. They still in the comfort zone". Benarkah? tepuk dada tanya diri anda sendiri.



5 comments:

Sarah CJ said...

kudos to kak fiza for being one of the malays that did attend serious interviews, for being a competitive Malay. I'm proud of you and I want to follow your footsteps. Even if my results isnt so good that will not stop me from applying to reasonable companies that i wish to work for. Even if the chance is slim.

Nurul Zahar said...

Thank you my dear. Its just an interview which i see as my first step to take the challenge. Give a try never say NO even if the chance is slim. Even if you didn't get the job nothing to lose, in fact you'll get good exposure, experience is a good teacher.

Dota Melayu said...

melayu ini boleh dikatakan golongan manusia yang ingin senang dan mudah tapi untung banyak (majoritinya begitu)

kalau kita lihat, meskipun ada melayu yang cemerlang tetapi mereka masih berada diminda kelas 2 iaitu berfikiran secara kolot. mereka biasenya mahukan less effort tapi ingin large impact.

ada melayu yang bagus namun lack dari self confidence dan communication between people. jadi, kerja yang biase menjadi pilihan utama.

lagi satu, kebanyakan melayu cuma bertaraf graduan tetapi tidak cemerlang dari aspek spirtitual diri. mereka mudah selesa dan tidak berani mengambil risiko..

jadi..saya setuju 100% bahawa melayu still dalam confort zone dan meskipun mereka tahu mereka berada diconfort zone, mereka tetap tidak mahu berubah..

sebab mereka masih diminda kelas 2..tahu tapi tak mahu tindakan..

Sarah CJ said...

saya dengan hormatnya sekali lagi bersetuju dengan anda semua!

Nurul Zahar said...

Terima kasih SyaQuost atas komen anda. Nampaknya anda juga tidak ketinggalan dalam isu seperti ini. Melayu hanya boleh maju dengan kesedaran tinggi untuk berubah. Jika tidak, sampai bila2 pun kita masih lagi di takuk yang sama.