Patutlah sejak kebelakangan ini awak macam melarikan diri dari saya. Merajuk ke? Tapi tak kan merajuk sampai bawa diri ke UK? Sampai hati awak tak beritahu saya yang awak ke sana. Saya tahu apa puncanya awak buat begini. Saya minta maaf atas ketidakhadiran saya ke majlis tu. Bukan di sengajakan. Pada hari tersebut saya perlu memenuhi janji saya menjadi pengapit pengantin dan tak bolehlah suka-suka hati membatalkannya. Kemudian ada rombongan dari Singapura datang melawat saya. Awak pun tahu kan? Saya awal-awal lagi sudah memberitahu bahawa saya tidak janji untuk hadir ke majlis itu. Jika sempat, saya akan pergi. Akan tetapi, saya benar-benar tidak dapat melakukannya. Jika awak terus menerus begini, saya akan berasa lebih sedih. Kerana, jika masa dapat diputarkan kembali saya akan memenuhi kehendak awak lebih dari yang lain. Kita kan dah lama berkawan.
Petang tadi saya cuba menghubungi awak di sana. Tapi telefon tidak di angkat. Mungkin awak sibuk. Saya doakan awak baik-baik sahaja di sana. Ketahuilah, saya tidak pernah ada niat nak menyakiti hati siapa-siapa terutama awak. Kerana persahabatan ini telah terjalin sebegitu lama. Saya tidak mahu ianya menjadi renggang hanya kerana hal kecil begini. Maafkan saya sekali lagi.
Saya tidak mahu persahabatan yang terjalin sejak kita berada di Sudan lagi menjadi begitu hambar. Saya sayang awak. Harap awak maafkan saya.

No comments:
Post a Comment