Tuesday, March 3, 2009

Rabiul Awal sudah menjengah

Hari ini 6 Rabiul Awal. Sudahpun melewati March. Tahun ini tahun yang penuh dengan agenda. Sedari awal tahun saya sudah merancang apa yang perlu dilakukan sepanjang tahun ini. Moga-moga ianya berjalan seperti yang dirancang.

Sejak dua menjak ni Alhamdulillah rezeki semakin bertambah. Buat masa ini saya kerap berulang alik KL-Putrajaya. Apabila pelanggan bertambah, kerja dan urusan harian pun makin bertambah2. Syukur ke hadrat Ilahi atas segala rezeki dan nikmat yang Allah berikan.

Dalam masa yg sama, saya masih tidak mendapat permanent job seperti yang diinginkan. Selepas ini saya akan cuba pula dapatkan kerja di firma-firma guaman. Jika tidak dapat juga, maknanya sudah sampai masanya saya beralih arah menjadi pendidik. Walaupun ianya bukan kerjaya pilihan, akan tetapi saya perlu cuba juga. Tak kenal maka tak cinta, betul tak? Selama ini bukan kerana saya tidak suka mengajar akan tetapi tidak pernah berasa diri layak bergelar pendidik. Contoh, model dan teladan yang baik buat masyarakat. Itu imej yang paling saya geruni kerana saya tahu siapa diri saya. Tidak sempurna. Dan saya sentiasa mengagumi mereka yang bergelar pendidik kerana saya tahu untuk menyampaikan ilmu dan diterima dgn baik bukanlah satu kerja mudah. Perlu kesabaran yang tinggi!

Apapun, tidak kiralah apa-apapun jenis pekerjaan, yang penting halal dengan nawaitu yang betul. Lakukan dengan ikhlas supaya keredhaan dan keberkatan Allah SWT sentiasa mengiringi hidup kita.

p/s; Maulidur Rasul akan jatuh pada hari Isnin depan. Dalam pada kita menyambut maulid nabi nanti, janganlah kita berlebih-lebihan dengan melakukan pembaziran, bersederhanalah dalam segala hal.


No comments: