Thursday, March 12, 2009

Tahniah Izzuddin n blk kampung

Sepupu saya, Izzuddin Iz (berbaju kuning) atau panggilan manjanya Didi mendapat keputusan SPMnya hari ini. Dia satu2nya cucu umi (nenek) yang menunggu keputusan SPM tahun ini. Alhamdulillah keputusannya boleh tahan juga. 7A1. Itu je yang saya tahu. Tak sempat nak bertanya lebih lanjut. Sebab Sabtu ini kami semua dah berjanji nak pulang ke kampung. Tentu banyak cerita nak diceritakan. Maklumlah dah lama tak berkumpul. Kali terakhir berkumpul adalah sewaktu majlis kahwin Pak Ngah saya beberapa bulan lalu. Lepas tu semua dah sibuk dengan urusan masing-masing.

Saya dah tak sabar nak balik kampung. Mgu lepas adik yg balik. Mggu ni turn saya pula. Kebetulan kerja x byk & ditambah pula oleh desakan kuat makcikpakcik ku yang menyuruh saya balik. Diaorg semua pakat turun Batu Pahat this weekend. Jadi nak tak nak saya kena balik. Emm... curious nak tau kenapa semua orang tetiba je nak balik ni...dengar2 ada musyawarah tergempar. Ada orang nak kahwin ke? jeng-jeng-jeng siapakah itu? Syazana? Syamil? Abang Hassan kot? entah2 si Nizam. Dah duduk di Mesir tu faham-faham jelah kan. Bunyi-bunyi sudah kedengaran. Dah tak lama lagi la tu...=)

Sebut pasal kahwin, menjadi tradisi keluarga kami bagi sesiapa yang ingin berkahwin akan membawa calon suami atau isteri berjumpa dengan atuk n umi terlebih dahulu. Anak2 saudara atuk - kira sepupu2 mama la atau pangkat makcikpakcik sedara saya, jika mahu berkahwin, calon mereka akan dipertemukan dulu dengan atuk saya yang dipanggil abuya. Begitu juga dengan cucu2 saudaranya. Saya sendiri kurang pasti mengapa. Tapi bila ditanya mereka berkata, abuya sebagai generasi tua yang masih hidup. Menjadi adat utk kita temukan calon dengan mereka yang paling dihormati dalam keluarga. Satu penghormatan mungkin.

Sepupu2 saya yang kini sudah berkahwin, dulunya juga berbuat demikian. Masa terbaik adalah ketika hari raya atau kenduri kendara. Waktu itulah calon-calon ini tadi akan datang (sanggub datang jauh2. Ada tu dari Pining, dasyat) berziarah dan beramah mesra dengan atuk. Dari situ atuk akan buat penilaian dan pemerhatian. Atuk juga akan lakukan solat istikharah dan minta petunjuk. -Lebih kurang la.

Tapi, kini atuk sudah semakin uzur. Masanya banyak dihabiskan dengan beribadah dan terasing dari masyarakat kerana keuzurannya. Bagus! saya lebih suka atuk tidak diganggu sangat. Biar dia merasa sedikit
privacy di kala umur senja begini. Apapun jika ada sebarang masalah dan kemushkilan, atuk tetap menjadi rujukan ahli keluarga lain dan masyarakat setempat.

Dulu-dulu, saya pernah bergurau dengan atuk. Macamana tuk kalau along nak kahwin dengan orang luar? Jawab atuk, tak ada masalah tapi dia kena duduk ngan atuk 7 hari 7 malam. Then baru atuk leh beritahu keputusannya. 7 hari 7 malam? Biar betik atuk aku ni. Siapalah yang sanggub duduk 7 hari 7 malam dengan dia?..atuk-atuk.

Setiap masa sy doa agar atuk panjang umur n sihat walafiat. Moga2 sempatlah saya bawa calon suami berjumpa atuk kelak. Hehe. Calon pun tak de lagi. Ada hati....tak malu sungguh kamu ni fiza. Haha.

Apapun, utk hujung minggu ini sy akan gunakan sebaik mungin kerana bukan selalu dapat meluangkan masa yang berkualiti dengan saudara mara. Selain itu, dah lama juga saya tak jenguk kediaman kami di kampung. Dah bersawang agaknya. Rumah itu sering dihambat kontroversi oleh masyarakat sekeliling kerana keadaannya yang sepi dan tak berpenghuni walaupun lengkap segalanya. Nak buat macamana, tugas abah yang menuntut dia selalu berpindah randah tidak memungkinkan kami tinggal di rumah tersebut. Hanya sekadar persinggahan jika pulang ke kampung. Apapun, rumah itu sangat istimewa kerana ia adalah hasil titik peluh sepanjang abah kerja di Sudan dulu. Pelan rumah tersebut diilhamkan oleh mama sendiri begitu juga hiasan dalamannya. Jadi, ada sentimental value. Perlu dijaga baik dan pastikan kekal terpelihara.

Oklah banyak sungguh sy mengomel. Laju je tangan ni menaip sampai tak sedar hari sudah lewat. Jumpa lagi.


3 comments:

Anonymous said...

saper pulak dia ni?

Nurul Zahar said...

saper yg dimaksudkan?

umaq_eiman said...

adik dia laa Ahmad oi.