Saya bangun Subuh agak telat hari ini. 6:30 pagi baru terkial-kial ke bilik air. Teruk betul. Selesai solat dan tadabbur Al-Quran, sy menjeling telefon bimbit yg sudah hampir kehabisan bateri. Saya gapai. Tertera 3 missed calls. Abah!
Saya tersenyum. Awal-awal pagi minggu begini memang sangat sesuai bagi kami anak beranak berbual dan berbincang. Saat itu otak sangat fresh dan akal lebih rasional.
Sebenarnya, banyak perkara berlaku sejak kebelakangan ini. Ada beberapa perkara penting perlu penjelasan. Ada isu yang saya perlu ketengahkan. Ada sesuatu yang perlu saya tegaskan.
Antara saya dan abah, kami mengamalkan sikap terbuka antara satu sama lain. Menasihat dan dinasihati. Berdepan dengan ketidakpuashatian masing-masing dalam sesuatu perkara, abah sedia mendengar pendapat saya. Begitu juga sebaliknya. Tapi, bukan mudah mempengaruhi fikiran abah. Memahamkan orang yang degil dan berhati batu benar mengambil masa. Perlu ada art of negotiation.
Pagi ini, sekali lagi kami 'bertekak'. Ala-ala manja gitu =) Saya tetap dengan pendapat saya. Abah tetap dengan pendapat dia. Saya tak mahu mengaku kalah. Ia belum berakhir. Tiada sebarang solusi dibuat. Tapi, saya lega abah tahu pendirian saya. Mengapa dan kenapa. Itu lebih baik.
Bukan mudah mengawal emosi. Tapi syukurlah selama dewasa ini, saya dan abah tidak pernah bermasam muka walau kami berbeza pendapat. Kami bertekak tp dengan cara lebih santai. Tidak mengambilnya terlalu serius tapi ada sesuatu yang di kutip buat renungan. Supaya difikirkan kembali.
Interaksi harmoni menguntungkan semua pihak. Moga ia terus kekal begitu =)

No comments:
Post a Comment