Friday, April 17, 2009

Hidup untuk belajar

Alhamdulillah teman baik saya Hasan baru sahaja selesai defending his PHD proposal. Topiknya disepakati oleh semua panel akan tetapi dia perlu memperkemas semula proposal (literature review, legal framework etc) seperti yang dikehendaki mereka. Jadi, dalam tempoh 2 minggu ini dia perlu membuat sebaik mungkin. Topik dan proposal adalah tunjang utama dalam pengajian PHD dan ia adalah permulaan untuk fasa-fasa seterusnya. Bukan mudah.

Bergelar PHD student bukanlah sesuatu untuk dibanggakan. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan. Masa, tenaga, wang ringgit. Saya sendiri sudah terasa tempiasnya =) walaupun belum lagi bergelar pelajar PHD.

Selepas Hasan, 3 orang lagi teman baik saya akan menyusul pula. Hoda Ashour, Thureya Rahma dan Swabri. Dan tidak lupa juga, teman seperjuangan ketika menuntut di Sudan dulu, Ustaz Ahmad Izzuddin dan Ustaz Wan Muhammad Adam yang sedang menanti viva. Semoga di permudahkan urusan.

Melihat mereka bersemangat menyambung pengajian, terdetik juga rasa di hati untuk turut serta menyahut cabaran. Akan tetapi, saya punya rancangan sendiri. Menyambung pelajaran tetap berada dalam senarai rancangan saya untuk tempoh 5 tahun mendatang akan tetapi bukan pada waktu terdekat. Pendek kata, bukan tahun ini =)

Adik lelaki saya akan menyambung pengajian Master pada awal bulan 7 ini. Dan umurnya genap 22 tahun pada 17 September ini. 2 tahun lebih muda dari saya. Dia akan belajar sambilan sambil bekerja. Sebenarnya, dia boleh memilih untuk bercuti tanpa gaji jika dia mahu kerana awal-awal lagi abah sudah menawarkan kesangguban untuk menanggungnya sepanjang pengajian. Tetapi, orang lelaki ni lain sedikit jiwanya. Semangat mahu berdikari cukup tinggi.

Saya masih sibuk dengan business sendiri dan beberapa kerja sampingan lain. Ke sana ke mari. Berjumpa ramai orang. Dari peringkat bawahan sampailah golongan profesional. Makin seronok pula. Tapi, saya perlu ingat. Ada misi yang belum selesai lagi. Saya perlu adil menyeimbangkan perkara-perkara tersebut.

Kehidupan terus berjalan seperti biasa akan tetapi kini saya lebih yakin mengorak langkah. Seperti ada sesuatu yang membuat saya lebih kuat. Kasih sayang Ilahi pada saya. Mungkin itu sudah cukup =)

Semalam, saya berjumpa Jannah untuk kali terakhir sebelum dia berangkat bersama keluarga ke luar negara untuk tempoh yang agak panjang. Ada rasa sedih di hati kerana terpaksa berjauhan dengan sahabat seorang ini. Tapi, saya tahu keputusan itu yang terbaik buatnya. Apa-apa yang menggembirakan dia, saya juga turut gembira.

Saya telah belajar satu perkara. Sahabat, teman, kekasih, keluarga, isteri atau suami, sampai masa mereka akan tetap meninggalkan kita. Hanya Dia sahaja yang sentiasa bersama kita. Dia berjanji untuk bersama saat susah, senang, gembira dan sedih. Hanya Dia.

Jadi, hiburkanlah hati dengan janjiNya. =)

No comments: