26-05-2009. Salam semua.
Saya akan semakin sibuk bermula bulan Jun nanti. Dan akan bertambah-tambah sibuk pada bulan Julai sehingga akhir tahun. Dengan kerja, sambung belajar dan business lagi. Tidak tahu bagaimana tahap kesibukan saya akan tetapi saya sudah dapat membayangkan bahawa masa untuk blogging akan menjadi terhad. Walaubagaimanapun, saya akan cuba juga luangkan masa untuk menambah input pada blog saya ini. Mungkin dalam kekalutan itu nanti, saya memperolehi ilham dan idea untuk menulis.
Sebentar tadi saya mendapat panggilan telefon dari seorang sahabat di Sudan. Lama juga kami berbual. Saya juga dikabarkan oleh sahabat ini bahawa seorang kenalan kami akan datang ke Malaysia untuk menyambung pengajian. Tidak sangka. Saya tersenyum sendiri kerana mengingat kenangan bersama dia.
Dia yang dimaksudkan adalah kenalan yang asal usulnya dari negara jiran akan tetapi dilahirkan dan dibesarkan di tanah suci Mekah. Saya suka mengusiknya kerana tidak fasih berbahasa Melayu. Dia boleh memahami butir bicara saya akan tetapi kurang fasih bercakap. Saya suka mengusiknya kerana dia agak pemalu orangnya. Jadi, terasa puas setiap kali berpeluang mengenakannya. Haha.
Dan kini, dia sudah hampir tiba ke sini. Adakah dia masih seperti dahulu? Malu-malu atau sudah menjadi lelaki dewasa yang lebih matang? haha. Atau mungkin saya pula yang berubah? Tidak gila-gila lagi seperti dahulu. Sesuai dengan umur yang semakin meningkat ~ngeee
Apapun, sama-samalah kita tunggu dan lihat :)
No comments:
Post a Comment