Thursday, June 25, 2009

Virus Mutawasitah

25-06-09 Saya tak sangka makin sibuk saya dengan kerja, makin licik saya mencari masa untuk update blog ni. Huhu. Sakit mata saya tengok blog jika bersawang. Jadi, sebelum bersawang baik saya jaga elok2. Tak kisahlah orang baca atau tak. Menjadi tanggungjawab sosial saya memastikan blog saya ni sentiasa berupdate.

Dah seminggu saya berlawan dengan virus selsema dan batuk. Virus mutawasitah. Sampai bengkak-bengkak hidung dan mata. Siap ditegur oleh bos, kenapa tu? Bengkak je mata. Menangis ke? Alah bos, janganlah tegur. Nanti makin bengkak mata ni. Ish.

Adik baru sahaja pulang dari bercuti di Sarawak. Nampak happy je mamat tu. Mestilah happy kan dapat jumpa keluarga. Jeles ok. Bilalah saya boleh ambil cuti panjang ni? Rindu nak makan laksa sarawak dan sup ketam mama. Terliur ni. Adeh..(Sebenarnya rindu benda lain ahakz).

Hari ni saya dapat khabar mama, abah dan adik-adik akan ke Sabah esok. Abah suka buat tindakan mengejut. Boleh sakit jantung dibuatnya. Mama pasti sekarang tengah pening macamana nak berkemas. Saya pun pening kat sini memikirkan gelagat mereka.

Esok Jumaat. Lusa Sabtu. Ada sesuatu yang menunggu. Saya harap semuanya baik-baik aja. Jumpa lagi!

2 comments:

Amar said...

salam lulu,

haha.. virus mutawasitah pun ade ye..
semoga awk lekas sembuh..

Nurlulu said...

virus terbaru dalam kamus hidup saya. virus mutawasitah haha. Terima kasih Anib. Awak mmg seorang yg mengambil berat dan memahami :p