16-06-09. Aduh, saya mula terasa bahang kerja yang banyak dimana ia menuntut saya agar komited dan fokus tahap maksimum. Penat, tapi saya enjoy dengan apa yang saya lakukan sekarang. Enjoy sebab saya lakukan benda yang saya suka dan minat. Ditambah lagi dengan adanya rakan-rakan sekerja yang cukup ceria dan gila-gila. Macam saya juga. Memang sekepala. Huhu.
Ini masuk minggu ketiga saya mula chambering. Saya sudah mula ditugaskan membuat pliding dan hujah-hujah untuk kes berkaitan. Kebetulan salah seorang peguam di situ baru sahaja berhenti kerana join goverment maka, nak tak nak saya perlu juga buat serba sedikit tugas yang selama ini dia buat. Memang kelam kabut kerana saya masih baru dan saya hanyalah seorang chambering student namun ia bukan alasan kerana apa jua tugasan yang diberikan saya perlu lakukan dengan sebaik mungkin. Mujurlah Master seorang yang senang memberi kerjasama dan baik hati walaupun tegas orangnya. Saya kena cepat belajar cara dan rentaknya bekerja terutama sekali ketika memberi arahan untuk sesuatu tugas. Kadang-kadang beliau suka cakap sambil lalu sahaja sehingga kita pun tak sedar ia sebenarnya satu arahan.
Apapun, setakat ini saya seronok chambering di situ kerana kebanyakan client mereka adalah terdiri dari orang-orang Arab maka ia memberi satu bonus buat saya kerana saya masih boleh terus mempraktikkan bahasa arab saya yang makin lama makin kurang taringnya ni. Saya tak mahu kelebihan yang ada sebelum ini disia-siakan. Sayang jika dibiarkan tidak diasah. Saya risau juga kerana perbualan tidak sama dengan pembacaan. Perbualan perlu dipraktikan selalu. Baru mantap.
Sebenarnya banyak benda yang ingin saya kongsi. Tapi, macam tak larat pula nak menulis panjang-panjang. Selepas ini saya perlu buat homework untuk rujukan Master bagi kes yang bakal dibicarakan awal Julai nanti. Terpaksalah saya buka balik kitab-kitab lama yang dah mula berhabuk tu. Adeh, kesian kitab-kitab tu. Lama saya tak jenguk mereka. Apa khabar Fiqh Mazahib Arba'ah? Apa khabar Kifayah AlAkhyar? Saya minta maaf kerana mengabaikan kalian, wahai kitab2 yg byk berjasa.
Okla merapu je saya ni. Dah mengantuk sebenarnya. Tashu Ala khair 

Nota1: Gambar diambil bersama warga TMS & ahli keluarga ketika Farewell Dinner di Grand Seasons Hotel pada minggu lepas.
Nota2:Setiap chambering student akan diletakkan dibawah penyeliaan seorang Master. Di firm tempat saya chambering, big bos adalah master saya. Memang haru jadinya. Gabra.
Nota3: Orang suka join gomen. Kenapa ek? Mmm... saya pun suka kalau dapat PTD. haha
No comments:
Post a Comment