Saturday, July 18, 2009

Sabtu Saya

Hari ini saya belajar memandu untuk 2 jam kedua. Belajar mendaki bukit dan mahirkan tangan dan kaki bermain clutch dan gear (Part tu yang saya kurang cekap lagi). So far, hari ini lebih baik dari minggu lepas. Saya diarahkan untuk memandu di tempat-tempat yang banyak selekoh tajam. Dan untuk hari ini saya memandu di kawasan jalan lama ke Genting Sempah. Situ kan banyak selekoh-selekoh pendek, yang terlindung dan agak bahaya juga tapi bagus untuk orang yang baru belajar memandu macam saya ni.

Ini kali kedua saya memandu dan pegang stereng. Kali pertama iaitu minggu lepas saya telah diajar teknik2 asas seperti cara-cara memperlahankan dan melajukan kenderaan, menguasai stereng, menukar gear, dan pemanduan di bulatan. Nampak macam senang tapi bila dah try sendiri baru tahu; kita kena cekap. Bijak sahaja tak cukup.

Pakcik yang mengajar saya tu amat baik dan paling bagus, dia penyabar. Sabar mengajar saya yang benar-benar zero memandu ni. Dia juga adalah orang yang sama mengajar T.E.D 3 tahun lalu. Nampak loko sahaja orangnya, tapi penuh dan sarat dengan ilmu. Kita sendiri boleh bezakan samada orang tu berilmu atau cakap kosong sahaja. Dari bab kahwin tiga hinggalah ke isu tasawuf, wahabbi dan isu-isu permasalahan dalam agama mampu dikupas dengan baik. Beruntunglah saya berkenalan dengan orang sebegini. Saya pula yang rasa segan.

Jangan menilai orang dari luaran. Itu yang selalu Abah dan Mama ingatkan. Manusia ini macam-macam. Walau macam-macam, setiap darinya ada aura. Samada aura positif atau aura negatif. Aura-aura ini boleh membantu kita menilai mereka dengan syarat kita melihat dengan mata hati :)

Setelah selesai 2 jam belajar, saya meminta pakcik menghantar saya ke UIA. Memang menjadi rutin pakcik menghantar dan mengambil orang yang belajar dengannya. Kebetulan sudah dekat benar. Apa orang kata, alang-alang sekali jalan tu. Hehe. Terima kasih pakcik.

Jadi, petang tadi selain menghantar tempahan baju melayu abah dan kurung Eeqah pada tukang jahit di UIA tu, saya habiskan masa dengan kawan-kawan di Mahallah Ruqaiyah dan Maryam sehingga malam. Kira-kira jam 9 malam baru saya bergerak pulang.

Dalam perjalanan (dalam train) saya terserempak dengan beberapa kenalan Abah. Mereka rupanya dalam perjalanan ke KLIA. Hendak ke France kata mereka. Salah seorang dari mereka adalah kenalan Abah ketika sama-sama bekerja di Canada dulu. Waktu itu saya masih kecil. Masih tadika. Sekarang sudah besar panjang. Katanya, cepat sahaja masa berlalu.

Ya. Masa berlalu begitu pantas. Saya melontar pandangan jauh ke luar tingkap keretapi. Pertemuan tersebut membuat saya mengimbau kenangan lama. Tersenyum sendiri. Apa khabar Izzat dan sekutunya? Saya hanya ingat dia kerana dia musuh ketat saya kecik-kecik dulu. Haha. Budak-budak. Memang bergedil.

~kenangan mampu membuat kita menjadi insan yang lebih baik, kan?

No comments: