
Salam kengkawan!
Tahun ni Lulu beraya di Sarawak. Ia mungkin menjadi tahun terakhir Lulu beraya di sini kerana selepas ini Abah dan Mama akan berpindah ke tempat lain. Ke mana? Tidak dapat dipastikan lagi. Mungkin pulang ke semenanjung, mungkin juga mereka akan berhijrah ke luar negara. Namun, Lulu harap mereka akan terus tinggal di Malaysia.
Sejak kelmarin (Sabtu) Lulu mendapat banyak sms dan panggilan telefon ucapan selamat hari raya dari kawan-kawan. Ada tu sejauh Afrika Selatan. Pelbagai versi ucapan raya yang diterima dan ada yang sangat-sangat mencuit hati. Ada yang kecek Pattani, ada yang guna longat Negori. Haha. Terima kasih banyak-banyak atas ucapan. Lulu sayang awak semua.
Dan Lulu mohon maaf sebab ada sms yang tidak sempat dibalas. Jangan kecil hati ya!
Semua pun sedia maklum, awal-awal Raya ni memanglah tak menang tangan dibuatnya. Orang datang rumah bertali arus. Cina, India, Iban, Bidayuh semuanya ada. Kami tidak menggunakan konsep Open House ketika hari Raya kerana matlamat kami adalah untuk mengeratkan silaturahim sesama sendiri. Kami lebih senang arrange dan menjemput sesebuah keluarga itu untuk masa dan hari tertentu. Dengan cara itu, sebagai tuan rumah kami punya komunikasi dengan tetamu yang datang ke rumah kami. Konsep Open House membataskan komunikasi antara tuan rumah dan tetamu kerana sibuk melayan tetamu yang lain. Dan juga, tidak ramai orang yang selesa berada di satu-satu majlis yang besar dan ramai orang. Jesteru, kami amalkan cara begini supaya ada feeling, touching & more cordial with the guests. (^-*) Memanglah penat. Tak terkata. Tapi asal hati senang dan semua orang pun gembira.
Hari ini adalah giliran jran-jiran terdekat datang bertandang. Menu untuk hari ini adalah Nasi Beringin, Darca dan Ayam Permaisuri. Marvelous!
Oklah. Lulu tak boleh tulis panjang-panjang. Kena turun bawah tolong mama di dapur. Bersiap sedia bertempur! huhuhu. Selamat Hari Raya semua. Maaf dipohon jika ada salah silap dan terkasar bahasa terutama pada mereka yang mengenali Lulu secara personal di luar sana. Adios!
p/s : Siapa rasa nak makan kek aiskrim peppermint sarawak, jemputlah datang rumah di Phoenix Garden, Miri Sarawak. Give a call je k. Hehhe
No comments:
Post a Comment