Thursday, November 26, 2009

Dunia saya

Sudah beberapa hari saya tidak pulang ke rumah. Usik T.E.D saya ni teruk sebab lari dari rumah! Huhu. Sebenarnya, Abah sudah beberapa hari berada di KL atas urusan kerja dan seperti biasa dia akan mengajak saya tinggal bersamanya di Darby Park. So, saya pun dengan hati terbuka menerima perlawaan Abah tu..Hehe..

Hari ni hari khamis dan esok jumaat. Malaysia akan sambut raya haji esok. Tetapi, negara seperti Kenya dan East Africa yg lain akan sambut pada hari Sabtu nanti. Sudan camana pulak? Hari Jumaat atau Sabtu? Huhu Sudan suka ikut kepala die sendiri. Suka hati die je. Tapi, raya haji di Sudan sangat-sangat best. Meriah! Tahun ni bro Albo kata 9 ekor lembu dan 50 ekor kharuf bakal dikorbankan (komuniti Malaysia sahaja). Wah, banyak tu..Penatlah cik-cik abang kita menumbangkannya nanti. Huhu

Malam ni saya balik kampung!! Naik bas je. Jam 7 malam nanti. T.E.D pula akan pulang jam 9.30 malam. Tiket kami berbeza sebab saya ambil keputusan balik last minute. T.E.D dah suggest awal-awal nak belikan tiket untuk saya sekali dan saya dengan bangganya berkata tidak mahu pulang. Sekarang, padan muka sendiri!

Oh ya, Thureya sudah selamat sampai di Malaysia hari isnin lalu. Keesokan harinya kami bertiga termasuk Hoda pergi menonton wayang (citer 2012. best gile!) dan habiskan masa bersama-sama. Just like the old days! Gembira sangat-sangat coz she is back. Dia akan berada di sini sehingga April nanti untuk sambung menulis thesis PHDnya. And for your information guys, Thureya and Hoda are just 27 years old. Muda kan? Mereka adalah pemangkin semangat saya untuk menyambung PHD juga.

Saya mengajak mereka untuk pulang bersama saya di Johor tetapi dalam masa yang sama ada juga kenalan mereka yang lain mengajak mereka beraya bersamanya di Terengganu. So, saya biarkan mereka beraya bersama kawan itu di Terengganu kerana di sana mereka bakal menikmati kehidupan di kampung. Ada laut, ayam, itik, lembu dan suasananya pasti lebih meriah berbanding 'kampung' saya di Johor. Atuk nenek saya orang bandar. So, faham-faham sahajalah ye.

Seperti biasa raya haji kali ni tanpa mama, abah dan adik-adik yang lain. Kami pulang sekadar mahu menziarah atuk nenek dan berjumpa saudara mara. Rasanya sudah 9 bulan saya tidak pulang ke Johor. Raya adilfitri yang lalu saya dan T.E.D pulang ke Sarawak.

Doakan perjalanan kami nanti! Selamat pergi dan kembali. (^-^) ws

No comments: