Jangan salah anggap. Ini bukan iklan P1. Ini iklan potong..
Alhamdulillah, adik bongsu saya, Ahmad Mutqma'in sudah selamat bersunat semalam. Umurnya genap 10 tahun. Ada yang bertanya, kenapa lambat sangat bersunat? Patutnya dari kecil lagi dah bersunat. Saya hanya tersenyum. Lambat ke?
Saya merasakan umur 9-11 tahun merupakan lingkungan umur yang sesuai untuk bersunat kerana ia merupakan tahap pertama umur akil baligh. Umur 10 tahun adalah umur yang sedang elok dan yang paling penting, Ahmad sudah bersedia untuk disunatkan tanpa ada sebarang paksaan.
Semalam, jika ikutkan hati mahu sahaja saya mengikut mama dan abah menemani Ahmad pergi bersunat. Di Pusrawi je pun. Tak jauh dari rumah. Tapi, saya bekerja di WM. Tak dan nak patah balik. Terlepas la saya peluang melihat adik kesayangan saya disunatkan. Hehe.
Untuk Ahmad, tahniah kerana tak menangis walau sedikitpun. Kan Along dah cakap, tak akan rasa sakit. Hero mestilah kena kuat! (^__^)
tak akan rasa sakit? Macamlah saya tahu macamana rasa bersunat. Hahha
No comments:
Post a Comment