Ia malam terakhir 2009.
Malam yang sepi kerana saya bersendirian tidak ditemani sesiapa. Tetapi sepi ini ialah sepi yang mengundang bahagia. Saya dapat rasakannya :)
Tahun-tahun sebelum ini saya menghabiskan malam penghujung tahun dengan sahabat handai sambil menyaksikan fireworks di beberapa lokasi sekitar ibu negara. Kami bersama beramai-ramai menghitung detik bersejarah kedatangan tahun baru. Saya gembira bersama mereka. Rasa bahagia juga.
Akan tetapi, kali ini saya merasakan lebih bahagia jika sisa malam penghujung tahun dihabiskan dengan membuat sesuatu yang lebih membahagiakan.
Ya, saya telah membuat sesuatu yang membahagiakan hati dan jiwa. Alhamdulillah.... Di saat post ini ditulis saya masih dan sedang melakukan perkara itu. Jiwa rasa amat tenang. Saya merasa lebih bahagia.
Semoga saya terus beristiqamah dengan apa yang saya sedang lakukan. Saya memohon keampunan dari Allah SWT atas segala kekhilafan selama ini. Saya memohon agar Allah mengampunkan dosa saya juga kekhilafan saya terhadap sesama manusia dan tunjukkan pada saya apa yang terbaik untuk saya di muka bumi ini dalam segala hal.
Sesungguhnya, dari sehari ke sehari saya cuba memperbaiki diri. Saya cuba menjadi insan yang lebih baik, saya mahu hati ini sentiasa berada tetap di landasanNya yang benar kerana terlalu banyak dugaan dan cobaan yang dihadapi. Betapa sukarnya menjadi muslimah yang sejati di akhir zaman ini. Dunia saya rasakan hanya palsu dan fatamorgana semata. Saya perlukan hati dan iman yang kuat untuk terus nampak kebenaran yang nyata.
Hanya Dia yang lebih mengerti. Tidak sekali menyalah erti apa yang tersirat dan tersurat kerana sesungguhnya Dia Maha Mengetahui segala sesuatu :)
Selamat Tahun Baru semua!
No comments:
Post a Comment