Sukarelawan tidak suka cerita mereka digembar-gemburkan. Mereka tak harap diri mereka disanjung. Mereka tidak mahu apa yang mereka usahakan mendapat liputan berlebihan. Mereka lebih senang bersikap low-profile. Bukan glamour yang mereka cari, tapi kepuasan. Kepuasan dapat menolong ramai orang. Kepuasan melihat orang lain dapat hidup gembira dan lebih baik dari kehidupan mereka sebelum ini dan banyak lagi. Kepuasan yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata :)
Namun, jika ada pihak benar-benar ikhlas memberi penghargaan kepada mereka yang bergelar sukarelawan, tidak salah bukan? Malah, ia mungkin boleh menjadi pemangkin semangat kepada mereka yang lain untuk sama-sama turut serta membantu mereka yang memerlukan. Kepada sukarelawan, penghargaan mampu menaikkan semangat mereka untuk terus beramal.
Yang penting, selalu perbaharui niat di hati, Lillahi Taala. Walau sekecil zarah amalan kebaikan itu, pasti besar ganjarannya. Allah berfirman:
"Barangsiapa mengerjakan kebaikan sebesar zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya.
Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah,
niscaya dia akan melihat (balasan)nya..."
Surah Az-Zalzalah Ayat 7 & 8
Hidup ini mudah. Berbuat baik, nescaya orang akan suka kita. Beramal soleh, nescaya Allah akan sayang kita :)

Terima kasih kepada Yayasan Salam atas anugerah ini. Terasa semangat ke-sukarelawanan naik 200 peratus. Hehe (^_^)
p/s: Tidak tahu apa nak buat pada masa lapang? Berminat dengan program sukarelawan? Layari SALAM Anda akan dapat jawapannya!
No comments:
Post a Comment