Monday, February 8, 2010

Bersederhana lebih baik

Saya tidak tahu nak mulakan dari mana. Sesekali saya teragak-agak untuk memulakan bicara. Bimbang tulisan tidak mampu mencernakan apa yang sebenarnya saya mahu katakan. Bimbang juga ia disalah tafsir. Namun, ini adalah DUNIA SAYA dan ia menjadi HAK SAYA untuk berkata apa sahaja, betul? *kecuali hal politik. Saya benci politik. Kotor. Sukar nak cari yang BERSIH.

Stop cerita pasal politik. Saya nak cerita pasal perangai manusia yang macam-macam. Saya pun tergolong dalam kelompok tu juga. Saya sedar siapa diri saya. Sebab saya manusialah, saya rasa terpanggil untuk tegur manusia-manusia lain tu. Bukan bermakna saya ni bagus sangat. Tak. Saya berikan pandangan saya. Apa yang saya fikir tak akan sama dengan apa yang orang lain fikir, betul tak? Maka, terimalah dengan lapang dada.

Ramai orang menyoal cara pemakaian saya yang sejak kebelakangan ini agak daring (eh ye ke? daring camana tu?) Saya pelik, apa yang diaorg tu maksudkan dengan 'daring'? Adakah memakai seluar jeans dan long sleeve t-shirt tu tergolong dalam fesyen yang daring? Saya tidak pernah memakai baju yang fit dan melekat pada badan apatah lagi yang cam tak cukup kain. Tertanya-tanya saya dibuatnya. Orang agama tak boleh pakai seluar jeans? Sinisnya.

Di UIA tu, maaf cakaplah ya orang belajar agama sendiri tidak tahu adab-adab dan cara berpakaian. Saya bercakap tentang akhawat ye. Ikhwan, saya tak tahu. Bertudung labuh, tapi memakai baju yang fit dengan badan. Baru nampak kurus. Seluar pun bukan main ketatnya walaupun baju sudah labuh menutup punggung. Adakalanya labuhnya melebihi lutut, malah berlebih-lebih pulak. Tapi bajunya sikit punya ketat. Apa yang sebenarnya anda cuba tutup ni. Saya keliru. Anda menafikannya. Tapi, anda tahu bahawa itu berdosa.

Ada lagi, ramai akhwat tak perasan ini. Pakai tudung labuh, tetapi kalau diukur sanggul di kepalanya, boleh jadi lebih besar dari bonggol unta. Kan Nabi Muhammad dah pesan;

"Di akhir zaman akan berlaku di kalangan umatku wanita yang berpakaian seperti telanjang. Atas kepala mereka seperti bonggol unta, laknatlah mereka kerana wanita yang dilaknat"

Sesosial-sosial saya pun, saya TIDAK PERNAH makan BERDUA dengan LELAKI BUKAN MUHRIM saya. Di UIA tu, berlambak. Tengok sahaja di HS tu. Lebih-lebih lagi malam Jumaat. Sana sini pasangan. Tudung labuh, tudung singkat sama je. Galak. Ya memang benar kamu berada di tempat awam. Di khalayak ramai dan bukan berkhalwat tapi sedarkah kamu perbuatan kamu itu membawa fitnah. Hai perempuan, kenapalah mudah sangat dijadikan bahan lawak semasa?

Saya sedih sebab perkara macam ni berlaku di UIA. Tempat yang sepatutnya menjadi tempat termulia kerana di dalamnya kita mencari ilmu. Tapi, maksiat tak kira tempat kan. Di mana-mana pun ada. Maaf. Saya tidak tujukan ini khas kepasda sesiapa. Tapi, inilah realiti yang berlaku dan keadaan ini yang anda sentiasa lihat di mana-mana dalam UIA tu. Lagi satu, islamik tak kena tempat. Lebih-lebih lagi yang baru nak berjinak-jinak dengan dakwah Islam. Ajaran mana entah yang mengajar; kena kahwin, baru boleh belajar dengan tenang. Dah jadi macam Mesir. Budak-budak Mesir kan macam tu. Tak semua. Kebanyakkan.

Kan bagus, jika kita bersederhana dalam banyak hal? Tapi janganlah pulak dalam soal mengejar pahala pun kita mengambil sikap bersederhana. Patutnya kita kena berlumba-lumba cari keuntungan di dunia ini untuk kesenangan di akhirat kelak.

Saya tetap dengan cara saya. Tidak guna berlagak seperti orang alim, muslimah sejati, bertutup litup tetapi dalam dirinya punya daging dan hati yang busuk. Nauzubillah.

Apa yang penting, lakukan yang wajib. Siapa yang tidak suka dengan cara saya, dipersilakan berganjak. Sekurang-kurangnya, saya tidak hipokrit. Allah tahu itu.

Wassalam.

~Amr Ma'ruf Nahi Mungkar

2 comments:

Anonymous said...

Salam

Kelihatannya seperti marah...
Amar Makruf nahi Munkar...bukan dengan menghambur marah...

Alhamdulillah...semoga terus berada dalam keadaan yang baik2 sahaja. Tidak hipokrit. =)

Nurul Zahar said...

:)