Sunday, March 28, 2010

Miri-Brunei-Dubai-Sharjah-Madinah-Mekah

Perjalanan kami memang panjang. Dari Miri (sebab parents tinggal di Miri) bertolak ke Brunei. Dari Brunei menaiki Royal Brunei ke Dubai. Dari Dubai ke Sharjah (Sekejap je. kira-kira 1 jam perjalanan menaiki teksi). Dari Sharjah International Airport ke Madinah menaiki Nas Air (sebuah syarikat penerbangan tambang murah. Lebih kurang cam AirAsia la). Duduk di Madinah 4 malam kemudian ke Mekah menaiki GMC. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam. Kami berada di Mekah selama 4 malam juga then bertolak pulang. Kami ke Jeddah terlebih dahulu dan sewa hotel selama 2 hari. Hari pertama saya dan T.E.D bertolak ke Dubai manakala Mama, Abah, Ahmad & Eeqah habiskan masa 1 malam lagi di Jeddah sebelum mereka bertolak ke Syria. Saya dan T.E.D tidak ikut serta kerana almaklumlah...perbelanjaan saya cukup2 je untuk buat umrah. Tak dapat ke Syria, Allah beri pula rezeki ke Dubai, jalan-jalan makan angin (walaupun dalam keadaan poket yang tidak berapa nak ada isi haha) Apapun, Alhamdulillah. Dapat juga tengok kemajuan Dubai. Kali terakhir ke sana akhir tahun 2006. Dekat 4 tahun dah....

Tapi kan, dalam banyak-banyak pengalaman, yang paling menyeronokkan adalah umrah kali ini dapat dilaksanakan dengan lancar dan segala hajat dihati dapat ditunaikan. Alhamdulillah. Allah mudahkan urusan dapat kerjakan ibadat di Raudhah setiap hari. Tak dapat buat pagi, buat petang. Tak dapat buat petang, buat malam. Cuaca pula sangat baik. Pagi dan malam masih sejuk tapi siang agak panas namun masih ada angin sempoi-sempoi bahasa. Cukup pakej. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi.


Di Mekah pula, syukur sebab dapat kerjakan umrah banyak kali. Saya bertuah sebab T.ED ikut sekali pergi umrah kali ini. Saya tak payah menyusahkan Abah untuk menemani saya setiap kali saya mahu ke miqat untuk niat umrah dan seterusnya sama-sama tunaikan ibadah umrah; tawaf, saei etc. Sebab, alang-alang kita sudah berada di Mekah, kalau boleh kita nak kerjakan umrah lebih dari sekali. Oleh kerana masa yang ada sangat singkat, kita kena buat pagi & petang atau pagi & malam. Biasanya orang buat pagi sekali then malam sekali (sebab malam kurang panas). So, dalam keadaan macam tu, tak sampai hati pula saya nak minta Abah temankan. Walaupun Abah sebenarnya tiada masalah, tapi saya perlulah faham bahawa dia bukannya muda lagi macam dulu. Kudrat dan tenaga yang ada tu lebih baik digunakan untuk beribadat di Masjid sahaja. Namun, apa yang menggembirakan ialah Abah, Mama & adik-adik dapat kerjakan umrah sebanyak 2 kali selama 4 hari berada di Mekah. Itu dah cukup baik. Kesian adik-adik yang tak tahan dengan cuaca panas di Mekah. Sampai demam-demam. Takpelah dik. Kafarah.

Kawasan berhampiran Masjidil Haram mengalami perubahan 90% sejak kali terakhir saya menjejakkan kaki ke sana, 8 tahun yang lalu. Hampir saya tidak mengenali jalan-jalan yang ada di situ kerana di sana sini sibuk dengan kerja-kerja meruntuhkan dan membina bangunan baru. Apa yang saya nampak masih kekal sehingga hari ini ialah bangunan yang menempatkan restoran KFC dan Bin Dawood Supermarket (saya tak pasti apa nama bangunan tersebut, Zamzam tower kot) yang terletak tepat berhadapan dengan King Abdul Aziz Gate. Hanya bangunan itu je yang boleh saya recognize. Bangunan lain nampak cukup baru bagi saya. Hotel Sofitel Mekah yang pernah saya menginap ketika mengerjakan haji dulu pun sudah tiada. Tiada kesan langsung. Saya pun pening-pening lalat mencari Suq fawakih (fruits market) yang pernah saya pergi dulu. Kawasan sekitar Masjidil Haram memang benar-benar banyak berubah!

Jadi, sekarang saya sertakan gambar-gambar sepanjang kembara rohani ni. Ada banyak lagi gambar tapi seganlah pulak nak kongsi di sini. Hehe. Faham-faham jelah...apa lagi, layaaannn.....

p/s: Nak kumpul duit lagi, kalau ada rezeki nak pergi lagi. Tapi kali ini biarlah bawa "suami" bersama. Amin kan jelah...hehe









2 comments:

Anonymous said...

betul2, lain kali kena pergi dengan suami pulak

Nurul Zahar said...

Sambil tadah tangan....AMIN! :)