Thursday, June 10, 2010

Sup Tulang Malam Jumaat

Assalamualaikum,

Entah kenapalah sejak dua menjak ni saya sangat suka makan sup. Apa-apa sup la; ayam, kambing, lidah..asalkan namanya sup. Erk, tapi ada pengecualian kepada sup perut dan ekor kerana ia bukan selera saya...tak lalu. Adakah kerana namanya "perut" dan "ekor"? Mungkin.

Selepas maghrib, saya meninjau-ninjau apa yang ada di dalam peti sejuk tu. Mama dan Abah baru sahaja pulang ke Sarawak. Mungkin masih ada saki baki makanan yang boleh dimasak sebagai salah satu cara mengosongkan peti sejuk tu walaupun perut ketika itu tidaklah berapa lapar. Eceh, leh percaya ke?

Dan, saya mendapati ada beberapa ketul tulang daging di dalamnya. Horey, saya sudah tahu apa yang mahu dimasak!

Dan setelah beberapa ketika...inilah hasilnya....yang tidak seberapa. Sup Soto Tulang. Bau je wangi, rasa belum tahu lagi...

So kita post dulu sebelum makan.

Jangan sesekali terpedaya dengan gambar. Belum tau sedap. Haha.


p/s: Selamat menjamu selera kepada diri sendiri...kesian, tak ada siapa yang nak teman makan. Redha jelah.

No comments: