Friday, June 25, 2010

Yang ada hanya keyakinan

Pic: credit to www.blogbb.wordpress.com

Hidup tak pernah sunyi dengan salah faham. Cuba beritahu saya, ada ke manusia dalam dunia ni yang tak pernah salah faham? Pasti ada. Tak banyak sikit.

Mereka yang suka salah faham dengan saya bukan dari kalangan mereka yang tidak mengenali saya. Eh, camana pulak tu?. Macam ni. Maksud saya, mereka yang mengenali saya adalah mereka yang lebih senang dan lebih cepat salah faham dengan saya. Erk, jangan anda salah faham pulak. Bukan begitu maksud saya.

Dalam dunia yang saya diami ini, saya merasakan mereka yang kenal saya, bahkan tahu hampir segalanya tentang diri saya akan lebih cepat salah faham dengan saya berbanding mereka yang tidak kenal saya langsung. Mereka-mereka ini cepat salah faham bukan bermaksud dengki atau apa, tapi kerana mereka sayang pada kita. Jadi, rasa concern itu atau rasa sensitif itu bertambah-tambah dan lebih-lebih lagi berbanding mereka-mereka yang tidak mengenali kita langsung.

Ya, memang saya tahu ada juga yang berfahaman bahawa mereka yang mengenali kita sepatutnya lebih faham kita dan soal salah faham ni tak akan berlaku kalau mereka faham dan kenal kita. Yang ini saya memang tak nafikan. Tetapi, apa yang saya faham tidak sama dengan kamu faham. Fahaman kita berbeza mengikut cara kita menganalisa keadaan dan situasi sekeliling kita. Betul? Angguk jelah.

Apapun, berbeza ideologi berkaitan perkara ini tidak penting. Yang penting, apa yang saya cuba nak tulis dan sampaikan di sini. Bukan semata-mata untuk tatapan kamu. Tetapi, untuk catitan peribadi saya buat renungan 30, 90 dan >100 hari akan datang. Ini penting.

Saya mengklasifikasikan situasi yang saya sedang hadapi ini sebagai yellow stage ~ frasa waktu untuk saya berhati-hati. Sebab apa pulak kena berhati-hati?. Sebab saya perlu berhati-hati lah. Beware. Beware with my own spirit! Kalau ada sesiapa yang terbaca ni, pasti geleng kepala semacam. Entah apa yang budak ni merapu. Agaknya begitulah apa yang kamu fikir sekarang kan? Betul tak?

Ok. Saya sedang runsing. Banyak yang saya fikir. Rasa seperti satu otak tidak cukup. Mahu dibekalkan dengan otak tambahan supaya boleh tampung longgokan fikiran yang semakin membebankan ini. Tetapi, Allah kurniakan satu otak sahaja. Dan sepatutnya kita bersyukur, betul tak? Bersyukurlah dari tak ada otak langsung (sedar pun).

Dan insiden pagi tadi benar-benar merunsingkan saya. Betapa dia manusia yang paling rapat dengan saya, telah secara tidak langsung meluahkan rasa ketidakpuashati-an dirinya lantas menghambur api kemarahan terhadap saya. Seperti guruh yang berdentum, begitulah. Walaupun tidak terkena panahannya namun, terusik juga hati kecil ini.

Bersambung.....

1/07/2010

Luahannya itu saya kira dibuat diluar sedar kerana saya tahu, jika dia tahu bahawa apa yang diungkapkannya mampu menghiris hati kecil ini, pasti dia tidak sanggup untuk melakukannya. Apa yang diungkapkannya tidak benar tapi sayang seribu kali sayang dia tidak menyedarinya.

Ingin sekali saya bersuara tetapi kerana perasaan hormat yang menebal ini saya jadi ragu-ragu untuk berkata walaupun benar. Bimbang dia mungkin tidak dapat menerima. Biarkan dahulu sehingga kemarahannya redha.

Keadaan psikologi seseorang yang tidak menentu tidak boleh dibantu sehingga emosinya benar-benar stabil. Begitu juga dengan mereka yang sedang kemarahan, jangan ditambah percikan api, buruk padahnya.

Sabar ubat paling mujarab. Tiba masa, segalanya akan menjadi sedia kala.

No comments: