Wednesday, November 17, 2010

10 ekor lembu, seekor terlepas.

Salam Aidiladha 1431H.

Raya kali ini saya tidak ke mana-mana. Hanya raya di KL. Walaupun beraya di KL sahaja, namun tetap best sebab di sini, sambutannya pun tidak kurang hebat meriahnya. Surau di tempat saya ni ada 10 ekor lembu yang bakal ditumbangkan serta beberapa ekor kambing. Boleh tahan banyak. Ramai yang turun padang membantu tak kira tua atau muda, lelaki atau perempuan. Memang meriah. Tapi, saya tak dapat ikut serta sebab baru baik dari demam, baru sembuh dari sakit. Mama sedari awal sudah berpesan dalam talian "jangan nak mengada-ngada pergi dekat dengan kawasan korban, nanti tak pasal-pasal awak yang jadi korban." Tergelak saya bila mama cakap macam tu.

Bila cerita pasal Aidiladha, tak lengkap rasanya kalau tak bercerita pasal haiwan korban,kan? Semalam, saya perasan dalam banyak-banyak lembu tu ada seekor yang berwarna hitam. Nampak macam agresif. Eh, ada ke lembu warna hitam? lembu ke kerbau? - tanya T.E.D. Entahlah, tapi, takkanlah kerbau yang jadi korban. Biasanyakan lembu. Soalan ni memang agak merapu. Nampak sangat kami ni orang lupa daratan tak tahu beza itu lembu ke kerbau. Parah.

So, back to the story. Lembu hitam tu merenung tepat pada saya. Macamana saya boleh tahu dia merenung saya? Lembu tu ditambat pada pokok yang paling hampir dengan jalan landai tempat khas penjalan kaki. Saya dah tak keruan sebabnya lembu tu begitu agresif dan merengus beberapa kali macam nak kejar saya. Sudahlah saya memakai jubah hitam dan dia pun berwarna hitam, memang secocok la tu.

Lembu tu seolah-olah bercakap dengan saya "Tolonglah, jangan korbankan aku. Aku nak lari. Bantulah aku". Saya pun menjawab, "Kenapa kau nak lari? Syurga menanti kau. Rugilah kalau kau lari."

Pagi tadi, setelah abah pulang ke rumah, saya dapat khabar lembu berwarna hitam itu berjaya melarikan diri. Ikatannya terlepas. Jenuh juga mereka mengejar dan 'memujuk' lembu tu. Saya dah dapat agak. Cara lembu tu merenung saya semalam pun, saya dah tahu dia seperti tak rela dijadikan korban. T_T

Apapun, alhamdulillah segalanya selamat. Abah pulang ke rumah membawa sekilo daging. Saya bertanya, "Ini daging lembu yang mana, bah??". Abah menjawab, "Entahlah. Mungkin yang hitam kot" sambil tergelak kecil. Sadis.

Teringat pengalaman meraikan hari raya haji di Sudan. Sangat-sangat meriah ok. Yang paling tak dapat dilupakan adalah peristiwa di mana lembu terlepas dan lari sehingga ke airport (rumah kami berdekatan dengan international airport). Terpaksa kami cari di sekitar airport. Sangat-sangat lucu ok. Lembu pun bijak dan tahu ke mana perlu dia pergi. Haha.

Ok. Saya sertakan sekeping dua gambar sepanjang acara lapah-melapah dan timbang menimbang. T.E.D pun tak ketinggalan turut serta sebagai sukarelawan. Birunya mereka.



Selamat Hari Raya Aidiladha. Hayati pengorbanan Nabi Ibrahim A.S, Siti Hajar dan anaknya, Nabi Ismail A.S. Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa dan sentiasa bersabar dengan segala ujianNya. Ws.

No comments: