Wednesday, December 22, 2010

Yeah, barang-barang & kereta dah sampai!

Salam.

Jika dikira-kira, mungkin tidak kurang dari 18 kali saya pernah berpindah sepanjang hidup saya ni. Sejak kecil asyik berpindah randah dan entah berapa banyak bandar, negeri dan negara yang pernah saya duduk. Best memanglah best, tapi ada juga yang tak berapa best. Bila Abah sebut "kena pindah", kami adik beradik dah mula buat muka sepuluh dua puluh sen. Eii, malasnya nak kemas barang. Memanglah ada orang yang akan buat semua tu, tak payah nak risau2 (biasanya syarikat sediakan perkhidmatan untuk pindah), tapi kami kena juga bagi kerjasama asingkan mana-mana yang patut. Apa yang perlu dibuang, apa yang masih elok. Yang paling tak tahan tu, buku-buku yang Subhanallah, terlalu banyak dan kadang-kadang rasa menyesakkan dada. Abah pula suka benar buat 'muzium' dalam rumah. Selagi ada ruang yang boleh diisi dengan buku, selagi itulah dia akan tambah koleksi.

Ok. Sejak 3-4 tahun ni, Mama saya sangat sibuk dengan hal masak memasak. Sejak berpeluang duduk Sarawak, habis segala macam ilmu dipelajarinya. Kek lapis? kuih muih? lauk pauk? Sebutlah apa sahaja jenis dari A sampai Z, rasanya Mama saya sudah boleh dianggap sifu (haha Mama kalau dengar ni, pasti kembang kempis hidungnya). Bukan sifu dalam masakan, tapi sifu dalam memiliki bermacam-macam peralatan dan perkakas dapur. Maksudnya? Maksudnya bolehlah diterjemahkan dengan kenyataan bahawa barang-barang kami dalam kapal kargo yang dihantar pulang dari Sarawak ke KL, 3/4 daripadanya adalah peralatan dan perkakas dapur Mama! Mana dengan loyangnya, acuannya, mixernya yang seberat lebih 20 kg sampai 3 orang kena angkat, water oven, beberapa microwave, double grill, 2 buah freezer, pelbagai equipment dan bermacam-macam lagi. Mulut saya jadi terlopong seketika waktu petugas mengangkut barang2 tersebut dari 2 buah lori siang tadi. Ini kilang ke rumah sebenarnya? kata saya. Mereka senyum saja. Haha

Ok. 186 buah kotak keseluruhannya tapi 6 buah kotak daripadanya tidak kami terima. Samada hilang, rosak atau tersalah lokasi. Ini termasuklah kerusi setti yang ditempah khas dari Sudan. Mama sudah mula gelisah. Kalau hilang, wang ringgit pun tidak dapat menggantikan kerusi tersebut. Ini kerana, ia mempunyai nilai sentimental yang sangat tinggi. Mama sendiri yang mereka kerusi tersebut dan ilham tersebut seterusnya disempurnakan oleh tukang kayu berbangsa Sudan. Panjang ceritanya.

Moga-moga ia tak apa-apa. Saya harap, ia tak pergi jauh. Mungkin sewaktu barang-barang disusun di dalam kargo kapal, ia secara tidak sengaja bercampur aduk dengan barang-barang orang lain kerana kebetulan pada masa yang sama terdapat 2 buah keluarga lain yang turut berpindah ke semenanjung.

Ok. Barang-barang sudah selamat landing di Jalan Ipoh residence. Dalam 2-3 hari lagi, kami akan pindahkan pula sebahagian barang-barang di Jalan Gurney residence ke Jalan Ipoh residence. Pasti penat tapi harus lakukan sebab lebih baik rumah ini disewakan dari dibiarkan kosong. Kalau ditanya mengapa memilih Jalan Ipoh, alasan utama adalah kerana kami perlukan rumah yang lebih besar (w/p tidak sebesar rumah di Sarawak) dan berdekatan dengan sekolah Khazieeqah (Chung Hwa) dan Ahmad (SRJKC Lai Chee). Moga-moga ini langkah terbaik.

Seterusnya, meh saya kongsikan beberapa gambar. Rasa tak syok pula kalau entry tak attach dengan apa-apa gambar.


Si Ahmad ni sampai tertidur, tapi sempat pulak tutup muka. Malu diambil gambar :)

Hari ini semuanya berjalan dengan baik, Alhamdulillah. Mama pun nampak happy walaupun ada barangnya yang masih belum jumpa.

K, jumpa lagi uols.

2 comments:

mohad said...

salam ziarah

NurLuLu said...

Salam. Syukran ala ziarah