Friday, February 18, 2011

KepadaMu Aku Mengadu

KepadaMu ya tuhan
Aku mengadu
KepadaMu ya tuhan
Aku memohon
Jika ini yang terbaik buatku
Permudahkanlah jalanku

Jalanku yang penuh ranjau
Jalanku yang penuh onak
Jalanku yang penuh liku
Menjadikan aku lebih tabah

Ketabahanku disulami rasa syukur
Kerana dugaan demi dugaan
Membuatkan aku semakin dekat padaMu

Aku tidak mahu meminta lebih dari itu
Hanya yang aku mahu
Dimudahkan perjalananku
biar penuh ranjau
biar penuh duri
Aku pasrah.

No comments: