(Source: Suria Ismail's FB)
Sejak arwah add saya di laman Facebooknya 2 tahun lepas, kami dah jarang berhubung melalui blog masing-masing. Biasanya saya mengikuti perkembangannya melalui FB sahaja. Sebab jarang ada masa nak baca dan lompat-lompat blog seperti zaman belajar dulu. Saya kenal arwah pun melalui blog, itupun secara tidak sengaja. Kami banyak berkongsi pengalaman masing-masing tinggal di luar negara memandangkan dia bekerja di Pakistan (sebagai Pegawai Tadbir Diplomatik -PTD) dan membawa bersama keluarganya ke sana. Dan saya pula berpengalaman tinggal di benua Afrika selama 6 tahun. Jadi, kebanyakan topik kami berkisar tentang asam garam hidup merantau di negara orang.
Saya memang tahu arwah dan keluarga pulang ke Malaysia untuk beberapa ketika. Ini semua berdasarkan status-status yang arwah update sebelum ni di laman FB nya. Tapi untuk tujuan apa beliau kembali, saya tidak pasti. Dan tengahari tadi, ketika sedang berkhursus di Dataran Kewangan Darul Takaful, saya tersentak dengan khabar berita yang diterima dari bekas rakan sekerja saya, Kak Wahida Wahab. SMS tersebut berbunyi:
Kak Wahida sebenarnya merupakan kawan kepada arwah. Malah, sudah mengenali arwah sejak belajar di Matriks UIA 11 tahun yang lalu.. Waktu bekerja di TMS dulu, saya pernah bercerita dengan rakan-rakan sekerja tentang seorang blogger, graduan UIA yang sedang bekerja di Pakistan sebagai Pegawai Diplomatik. Tak sangka rupanya, Kak Wahida juga turut mengenalinya. Networking kami semakin luas kerana itu.
Saya memang sangat terkejut dengan berita yang diterima. Walaupun dia dan keluarga berada jauh di Pakistan, tapi mereka terasa seperti dekat di hati ini kerana FB sering mengeratkan hubungan antara kami semua. Sekali lagi FB telah berjaya memberi begitu besar kesan dalam kehidupan. Dan dengan pemergian arwah, tiadalah lagi usikan dan kritikan yang selalu beliau berikan ketika berdepan dengan karenah masyarakat di Pakistan. Tiada lagilah gambar-gambar terbaru beliau bersama keluarga samada berpakaian kurta dan isteri dengan salwar kameez nya. Anak-anak yang comel, Nadaa dan Marwa yang sentiasa manja dengan ayah mereka.
Perginya seorang teman yang baik hati, ceria dan penuh gelak ketawa. Blogger yang disenangi kerana sudi berkongsi pengalamannya hidup di perantauan yang penuh dengan kisah suka dan duka. Semoga rohmu bahagia di sana. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya kita kembali. Al-Fatihah.
p/s: Mama memberitahu bahawa berita tentang kemalangan yang menimpa arwah dan keluarga ada keluar di berita TV9, juga berita TV3 1.30 tengahari. Tetapi sayangnya, tiada disiarkan ketika berita utama 8 malam tadi. Masih tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku. Harap-harap ada keluar paper esok.

"Fz kenal blogger Nafastari kan? Kawan akak Wan Ahmad Fadzil..dia dah meninggal malam tadi..Al-Fatihah.."

No comments:
Post a Comment