Alhamdulillah, pengajian DAIJ saya sudahpun selesai dengan berakhirnya exam terakhir bagi sem akhir pada Sabtu dan Ahad lepas. Lega rasanya! Sekarang bolehlah saya tumpukan perhatian pada training di FSTEP dan persediaan memasuki bank pada bulan September nanti. Saya tak sangka, cita-cita saya nak masuk bank selepas tamat chambering akhirnya tercapai juga. Walaupun untuk mencapainya, bukan sedikit cabaran yang terpaksa saya lalui. Kesabaran adalah titik permulaan segala-galanya. Sabar dan yakin dengan perancangan terbaik yang diberi Allah SWT adalah kunci yang selalu saya pegang untuk mengubat jiwa di saat hati dirundung sedih dan kecewa. Alhamdulillah, akhirnya.. Apa yang saya lalui kini hanyalah satu permulaan langkah saya sebagai seorang banker. Mudah-mudahan ilmu yang ada dapat dikongsi dan dimanfaatkan bersama. Saya mahu menyumbang sesuatu untuk industri perbankan Islam di Malaysia. Saya mahu berjaya di dalam lapangan ini. Masih banyak yang perlu diterokai. Moga-moga Allah permudahkan perjalanan ini.
Dan untuk sahabat-sahabat seperjuangan saya dalam bidang perundangan, saya tidak akan sesekali melupakan kalian kerana tanpa kalian, saya tidak akan sampai ke tahap ini pada hari ini. Sokongan kalian banyak membantu saya untuk terus berusaha mencapai apa yang terbaik dalam hidup saya ini. Terima kasih. Harapnya, ukhuwah ini terus kekal berpanjangan (^__^)
No comments:
Post a Comment