Setelah beberapa lama tidak aktif berusrah, tahun ini saya kembali menyibukkan diri dengan aktiviti usrah. Sekurang-kurangnya hujung minggu saya diisi dengan satu lagi aktiviti kerohanian. Saya sangat merindui saat-saat mengikuti aktiviti usrah ketika belajar dulu. Terngiang-ngiang kata-kata hikmah Kak Ngah, alunan merdu bacaan Al-Quran Mak Su Jiehan, dan nasihat yang penuh mendalam Kak Syikin. Mereka semua adalah nadi mengimarahkan lagi suasana suka berusrah. Terlalu banyak kenangan bersama, susah payah berusrah dalam kepanasan musim panas Sudan, keadaan ala-kadar kehidupan pelajar di perantauan, itu semua memberi pengalaman yang sangat berharga. Semoga Allah SWT memberkati kalian semua.
Azam diri sentiasa mahu memperbaiki kekurangan diri. Moga-moga saya sentiasa istiqamah dengan apapun perkara yang menjadikan saya semakin dekat denganNya.
No comments:
Post a Comment