Friday, June 8, 2012

Diari Lama

Salam. Jumaat Yang Indah.

Hari ini saya terbaca diari lama. Tak sangka rupanya saya ini pandai juga mengarang ayat. Bila baca balik, saya dapati diri saya lebih sentimental apabila berada di perantauan. Cara garapan kemudiannya bertukar corak sekembalinya saya ke tanah air. Rasa agak teruja kerana setiap bait2 yang ditulis menceritakan sesuatu kisah yang berlaku ketika saya menuntut di luar negara dulu. Seperti wayang kulit, satu persatu diperceritakan. Separa sedar saya terkhayal, jauh mengimbau kenangan. 

Sejujurnya saya rindu. Rindu dengan suasana ketika belajar dulu. Rindu dengan teman-teman seperjuangan yang di ketika ini bertebarangan di segenap pelusuk dunia sehingga ada yang terputus khabar berita. Ikutkan hati mahu sahaja saya terbang dan menghabiskan cuti tahunan menyelusuri pengalaman dan kenangan di Sudan dulu. Tapi, apakan daya terlalu banyak komitmen yang digalas. Mungkin satu hari nanti, Inshallah. Pasti berkesempatan.

Saya juga terbaca email-email lama serta kandungan chat  yang disimpan sekian lama. Kenangan terus menghantui minda. Di manakah mereka-mereka kini? Saya rindu.

2 comments:

dhr said...

yeke?gaya penulisan dipengaruhi lokasi jugak ye? saya pun bakal meninggalkan Sudan soon. very soon!

Nurul Zahar said...

A'ah, terasa diri lebih sentimental la. Ayat tak boleh blah. Hahha. Dian dah nak balik Malaysia ke? atau ada destinasi lain yang menanti? Tak sempat saya ke Sudan waktu Dian ada :)