Ding Dong!!..
Hati jadi tidak keruan..
Makan tak kenyang...
Tidur tak lena..
Mandi tak basah...opppss...klu x basah,apa jenis mandi daa....huhu
Hari ini dah 24hb..kenapa masih tak ada sebarang perkhabaran dari UIAM...
Mmmm....
Selain berusaha dan berdoa ,saya ada keyakinan untuk mendapat tawaran tersebut..
Ya keyakinan yang Allah SWT berikan ini dan saya percaya akan rezeki yang Allah hulurkan...
Tunggu...
Satu pengharapan....akan tetapi, jika harapan itu tidak kesampaian,saya masih percaya ada pintu rezeki lain yang Allah bukankan untuk hambaNya...
------------
Hr ini hari Ahad,spt biasa kami pergi berjoging di pesisir pantai....x sangka ramai juga orang bersenam...Nampaknya masyarakat Malaysia makin peka soal kesihatan dan gaya hidup yang sihat....
Setelah penat berjoging, dan jauh berjalan,kami dah x larat nak balik...Tempat parking kereta dah jauh kami tinggalkan...Abi senyum je...Saya mmg x larat ari ni sbb asyik batuk sahaja sejak beberapa hari lepas...tapi degil juga nak bersenam...Fikirkan udara segar dan nyaman di pantai
tu,rasa rugi pula tak ikut serta.....
Akhirnya,Abi bagi idea...naik bas!..huhu...naik bas?...Ahmad dah melonjak...Kami bersiar satu bandar seblum tukar bas balik ke Luak Bay...kelakar abis...adik2 wat perangai cam bas tu dia yang punya.....Suara 2 orang macam 20 orang...kecohnye...Ya Allah jakunnye adik saya...Layan je la...
hampir jam 11 pagi kami sampai rumah...selepas turun dr bas,kami pergi mengambil kereta di Luak Esplanade..kami x terus balik ke rumah...Abi bawa pula jalan ke Bakam...masuk kampung keluar kampung...huhu..segarnye mata....
Sebelah petang Abi dapat sms dr rakan sekerja...ada anak staff hilang di pantai tanjung..masih dicari sejak hilang petang semalam...waahualam..hanyut atau sesat di hutan belukar...sehingga blog ni ditulis kanak2 berusia 5 tahun tu masih belum dijumpai...
Kebetulan waktu itu, Abi memang nak bawa kami keluar ke kedai buku Popular..itulah rutin kami bagi setiap hari minggu....Lepak di kedai buku...beli hanya tunggu hujung bulan...macam biasalah..tunggu poket penuh...huhu...
Saya mengikut Abi ke pantai...Ramainya manusia mungkin mereka sama seperti saya ingin melihat dengan lebih dekat...Abi berpesan agar banyakkan berzikir dan berselawat....berdoa agar budak itu ditemui....
Bertungkus lumus pasukan penyelamat mencari...nelayan berbot sederhana pun turut kelihatan membantu....Ya Allah,saya terfikir,kalaulah iainya berlaku pada saya...Adakah saya sabar menerima dugaan itu...Jika Ahmad atau Eeqah atau sesiapa sahaja orang yang saya sayangi 'pergi' sedemikan rupa,adakah saya redha dan tabah menghadapinya?...saya bermain2 dengan kata2 sy sendiri......
Saya lihat beberapa kali wanita itu pengsan...mungkin itu ibu kepada kanak2 tersebut...Saya turut bersimpati...semakin lama semakin ramai orang datang ke kawasan pantai...tiba2 terdengar pula siren ambulan..saya perhatikan dari jauh...Adakah budak itu sudah dijumpai?...kelihatan bot nelayan menghampiri pantai...tapi,hampa sekali...mereka mengangkat tangan tanda tiada apa ditemui.....sudah lebih 18 jam...laut yang tenang jangan disangka tidak bergelora.......Laut yang seluas itu....memakan masa untuk mencari....
Sy tidak dapat berada lama di situ...Abi sudah berjanji untuk ke Popular..Kami teruskan perjalanan..masing2 membisu..sehinggalah Abi mula bersuara...
Apa yang dah berlaku jadikan pengajaran...apa yang kita lihat tadi adalah qadha dan qadar Allah..jangan pula kita sebagai manusia menuding jari mencari kesalahan...Sebagai ibu bapa menjadi tanggungjawab kita menjaga keselamtan anak2 lebih2 lagi bila berada dipersekitaran yang terbuka macam tu..kanak2..apa yang mereka tahu...yang dewasa la harus mengawal..beri lebih perhatian...dah banyak sgt berlaku kejadian macam tu akhir2 ni....Namun,sebagai org Islam kita percaya denga setiap ketentuan Allah...percaya pada qada' dan qadar...
Ya..percaya pada qada' dan qadar ...itu yang membezakan kita denag agama lain.....
No comments:
Post a Comment