Bertemu kembali... (",)
Kali ini dengan penuh makna...
Alhamdulillah sy telah pun mendapat tawaran menyambung pengajian Master di UIAM.
Syukur tidak terhingga atas segala nikmat dan rezeki yang Allah anugerahkan ini.
Rezeki yang Allah berikan ini menjadikan saya insan yang lebih mensyukuri dan menghargai setiap pemberianNya..
Bukan mudah untuk saya mendapat peluang sebegini..
Mama selalu berpesan agar jangan sesekali mensia-siakan peluang yang terbuka luas di depan mata..
Insyallah saya sudah pun berazam untuk melakukan yang terbaik..
Ini janji saya..
Saya mahukan kemajuan dalam diri saya...Saya mahukan lebih banyak ilmu supaya saya boleh terus berjuang dalam kehidupan yang serba mencabar kini.
Saya akan bersungguh-sungguh mengejar ilmu selagi hayat dikandung badan.Sedikit sebanyak ilmu yang saya miliki dapat dikongsi dengan orang lain..
Satu perkara yang amat menggembirakan saya..
Saya dapat membuktikan bahawa pelajar lulusan Sudan juga layak menyambung pengajian di unversiti tempatan..
Saya tidak ingin menuding jari kepada sesiapa..Akan tetapi sejak akhir2 ini terlalu banyak diskriminasi berlaku di mana saya dan graduan Sudan yang lain dipandang 'hanya sebelah mata'..Masyarakat biasa yang tidak tahu erti pengorbanan yang telah kami berikan semasa menuntut di Sudan pasti memandang sinis kebolehan kami..
Seringkali soal pengiktirafan dan keadaan negara yang miskin dan kebuluran menjadi fokus utama mereka....Manusia tidak akan pernah faham selagi mereka tidak belajar untuk memahami...
Saya akui kerajaan tidak mengiktiraf sijil yang kami bawa ke Malaysia ini.Akan tetapi manusia diberikan akal untuk berfikir dan pastinya ada jalan keluar untuk setiap permasalahan yang berlaku...
Sejak hari pertama mendaftarkan diri di jurusan syariah dan undang2 di sana,saya telah pun berfikir sewajarnya dan tahu akan risiko yang bakal saya alami kelak..Saya percaya pelajar malaysia yang belajar di sana juga arif akan perkara ini..
Kita harus yakin dan merancang untuk masa hadapan.Saya tahu bahawa apabila pulang ke Malaysia sukar untuk saya mencari pekerjaan.Syarikat swasta juga bukan semuanya yang sudi menerima graduan dr Sudan.
Untuk itu,saya mengambil keputusan untuk menyambung pengajian lagi.kali ini biar sahaja di Malaysia..
Alhamdulillah saya mendapat maklum balas yang sangat positif dari pihak UIAM.Sungguh saya tidak menyangka bahawa kedatangan saya di alu-alukan..Alhamdulillah..Syukur ya Rabb..
Apabila saya berjaya menempatkan diri di universiti tempatan lebih2 lagi UIAM,saya tahu bahawa ini adalah salah satu cara untuk menyuntik semangat sahabat2 saya yang masih belajar di Sudan..Sekurang2nya mereka sedar bahawa kita sebenarnya layak untuk menyambung pengajian di sini walaupun kerajaan belum mengiktiraf sijil dari Sudan..
Soal pekerjaan jatuh nombor dua..Ianya juga penting tapi saya lebih percaya kepada kebolehan dan kemahiran..Jika ada kedua2 perkara ini plus pertolongan dari Allah SWT saya percaya saya mampu untuk memperolehi pekerjaan yang baik dan menjamin masa depan..
Saya tahu saya akan berhadapan dengan pelbagai rintingan kelak namun saya tetap yakin rezeki Allah itu seluas langit dan bumi...Ada di mana2...Saya berdoa agar dipermudahkan urusan dalam kehidupan seharian..
Semoga segala usaha saya selama ini,sekarang dan akan datang tidak menjadi debu yang sia-sia malah saya jadikan ianya sebagai ibadah yang harus saya lakukan dengan baik dan bijaksana...
No comments:
Post a Comment