Abi baru sahaja call dari Sarawak.A wish that he had forgotten to say yesterday.Happy belated birthday.....
Sebenarnya saya tak kisah pun kalau mama dan abi lupa tarikh lahir saya.Lagipun mereka dah penat2 membesarkan saya.Banyak lagi perkara yang lebih penting dari itu.They concern about my education pun dah cukup bagus.I am really appreciate that and thankful them.
Keputusan saya untuk menyambung pelajaran ke peringkat master juga mendapat galakan yang sangat2 baik dan positif dari mereka.Bila saya utarakan saya mahu belajar di UIAM,lekas mereka memberi bantuan dari segi galakan dan kewangan.Saya beruntung mempunyai ibu bapa seperti Mama dan Abi.Yang paling membanggakan adalah kesediaan mama dan Abi untuk mengeluarkan duit sendiri tanpa mengharap bantuan pinjaman.
Sayalah yang patut bersyukur dan tahu mengenang budi segala jasa mereka.Tanpa sokongan mereka,tanpa galakan dan kasih sayang bukan sahaja dari segi zahiriah malah material yang selama ini saya kecapi menjadikan saya lebih bersyukur..Allah SWT telah memberikan nikmat yang tidak terhingga kerana bukan semua insan dapat mengecapinya..Semoga ini menjadikan saya manusia yang lebih tahu mensyukuri dan menghargai segala nikmat.
Abi dan Mama sebenarnya bangga dengan saya.Walaupun mereka tidak mengucapkannya tapi dari tindak tanduk mereka,saya tahu bahawa mereka amat bangga kerana mempunyai anak-anak yang berpelajaran tinggi dan berilmu.Yang paling penting adalah berakhlak dan menjaga agama.
Mama selalu berpesan biarlah kita ini tidak kaya harta tetapi di dada penuh dengan ilmu kerana hanya dengan ilmu sahaja dapat membantu kehidupan kita samada di dunia dan di akhirat.
Abi senang untuk berkongsi kegembiraannya bersama kawan-kawan ketika saya berjaya tamat pengajian di SUDAN.Saya masih ingat lagi waktu mula2 kami sekluarga mengambil keputusan untuk membenarkan saya belajar di Sudan.Ramai sahabat Abi yang membangkang.Kata mereka Sudan bukanlah tempat yang sesuai untuk menyambung pengajian.Lagi pula,universitinya tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia.Akan tetapi,Abi dan mama mempunyai pandangan yang berbeza.Mereka menghantar saya ke sana agar saya dapat belajar hidup berdikari dan tahu erti susah kehidupan.Minat saya sudah terarah ke bidang fiqh dan ini memerlukan saya faqih dalam bahasa Arab.Sudan adalah pilihan yang tepat.Kesukaran mencari ilmu itu diganti dengan kepuasan yang tidak berbelah bagi ketika berjaya mendapat sekeping ijazah.Sekarang saya sudah buktikan bahawa saya mampu.
Kini bila saya mendapat tempat untuk menyambung Master di UIAM,ramai pula yang terkejut dan akhirnya mengakui bahawa mereka juga berbangga dengan saya.Walaupun kawan2 mama dan Abi adalah di kalangan mereka yang intelektual dan professional akan tetapi bukan semua yang berfikiran terbuka..Saya sekali lagi beruntung dan bersyukur punya keluarga yang berfikiran jauh dan kehadapan.
Pencapaian saya setapak demi setapak.Kejayaan pula menunggu di puncak.Kerana doa kawan-kawan,keluarga dan redha ilahi,saya berjaya sampai ke tahap ini.saya akan lakukan yang terbaik,insyallah....

No comments:
Post a Comment