Hari ini saya tidak kemana-mana.Kalau orang lain mungkin sibuk menyambut ulangtahun kelahiran di luar bersama kawan-kawan tetapi saya selesa begini.Bersendirian.
Membuat aktiviti seperti biasa.Membaca,menonton televisyen dan surf internet..
Walaupun saya outdoor personn,suka adventurous things, tetapi hari ini lebih senang menghabiskan masa di rumah.Lagipun esok ada kelas.I have to prepare for it.Research methodology class will be on this Friday.Banyak perkara kena revise.
I want to continue my story 'bout my new friend who i met yesterday accidentally..
Semalam, saya terkandas hampir satu jam di KTM Midvalley.Train yang sepatutnya datang x muncul2..I think there were something wrong.Manusia makin lama makin ramai menunggu keretapi.Selepas hampir sejam menunggu,train pun sampai.Pengalaman waktu zaman sekolah berebut2 menaiki bas berulang kembali.Saya tidak dapat meloloskan diri masuk ke keretapi pertama.Terpaksa menunggu keretapi kedua.Memang betul-betul menguji kesabaran.
Teknologi manusia hebat mana pun pasti ada kekurangannya.
Sampai sahaja di KL sentral perut saya mula terasa lapar.Terus menghayun langkah ke satu restoran terletak bersebelahan dengan McDonald.Itu kali pertama saya makan di situ.Mahal harganya namun tidak lah sesedap mana.Saya rasa makan di warung abang gemuk lebih berbaloi.Masa wat pembayaran(bayar dulu sebelum makan) keadaannya di situ agak kelam kabut.Mungkin juga sudah petang,pekerja pun sudah kepenatan.Dalam pada kalut pelanggan nak membuat pembayaran tu saya perasan ada seorang perempuan asyik terpandang2 ke arah tempat saya duduk.Saya berasa curiga juga.Dalam hati,terdetik lebih baik berjaga2.Saya buat 'dunno' je sebab saya pun tidak mengenalinya.
Rupa-rupanya,dia hanyalah sekadar mahu berkongsi meja dengan saya.Mungkin juga dia mahu teman berbual.Terus kami rancak berbual.Perkara pertama yang dia lontarkan adalah dia dapat melihat dari cara saya (saya sendiri tak tahu tang mana) bahawa saya ini terpelajar.Oleh itu keinginan dia kuat untuk menegur saya.
Banyak juga perkara yang kami bincangkan bersama.Tentang kehidupan,masa depan, dan pelajaran.
Dia meminta pandangan saya kerana dia sudah hilang keyakinan untuk sambung belajar.Dia bukanlah seorang yang berpelajaran tinggi malah keputusan SPM dulu pun tidak bagus.Hanya pengalaman bekerja dalam kejuruteraan geometrik selama 8 tahun sahaja sedikit sebanyak membantu untuk memajukan diri.
Saya bukanlah seorang yang pandai bercakap.Namun,jika mahukan pendapat saya akan memberikannya setulus hati.
Saya tidak nampak bahawa faktor usia adalah penghalang bagi seseorang untuk menyambung pelajarannya.Masih belum terlambat untuk mengatur langkah.Kesedaran sudah ada.Keinginan dan kemahuan juga kuat.Jadi,apa masalahnya.Cakap-cakap orang ramai?Itu yang ditakutkan...
Saya tidak akan sesekali membiarkan orang luar menguasai tindakan saya.Saya tahu apa yang ingin saya lakukan.Orang luar memang berhak berkata-kata.Tidak salah..Malah ada kalanya ia bagus untuk memberi semangat dan motivasi untuk diri kita.Namun segala tindakan susulan atau apa jua keputusan berada di tangan kita.Kerana kita yang menentukan sendiri jalan mana yang harus kita tempuhi.
Perkahwinan juga satu isu yang dibincangkan semalam.Tentang umur yang makin meningkat dan calon suami.Dia mengenali seseorang yang dia yakini boleh menjadi calon suami yang baik.Akan tetapi masalah lain pula yang timbul.Walaupun masing-masing mengakui suka sama suka tapi keyakinan diri untuk meneruskan hubungan dengan lebih serius lagi menjadi satu masalah buat lelaki itu.Mungkin faktor kewangan menjadi salah satu sebab.Walau bagimanapun kawan saya itu masih belum berkesempatan untuk bertemu dua mata berbincang tentang hala tuju hubungan mereka.Diakui oleh semua lelaki itu adalah baik orangnya namun dia beranggapan bahawa dia tidak sesuai bersama kawan saya hanya kerana kawan saya amat berpegang kepada agama.Bagai enggang dan pipit.Saya melihat bahawa kurang keyakinan diri menjadi sebab utama mengapa ini semua terjadi..
Lack in self-confidence ni memang dialami oleh semua orang.Saya juga tidak terkecuali.
Sebab itu kita kena rajin membaca atau berkawan dengan orang yang sentiasa mempunyai aura yang positif agar sedikit sebanyak motivasi yang ada pada dirinya terpalit pada diri kita pula.
Kami bertukar nombor telefon.Mungkin pada masa hadapan kami dapat mebina hubungan persahabtan yang lebih baik.Tidak menyangka,hanya dalam tempoh beberapa jam,kami boleh menjadi rakan yang mampu berbincang dalam semua perkara.Namun proses itu akan mengambil masa sekiranya kita mahu mengganggap dia sebagai sahabat kita.
Selama ini mungkin saya banyak bergaul dengan masyarakat yang berilmu.Intellectual dan professional.Kali ini mungkin situasinya sedikit berbeza dan memerlukan pendekatan yang lebih santai dan tidak terlalu menonjol.Keseimbangan dalam pergaulan itu penting kerana kita akan dapat melihat dunia ini di satu sudut dan perspective yang berbeza.

No comments:
Post a Comment