Sunday, July 15, 2007

#24 - Hari Lahir

Saya langsung tak perasan bahawa hari ini adalah hari ulang tahun kelahiran saya.Beberapa minggu lepas,ada juga terdetik,bagaimanakah keadaan saya pada hari ulang tahun kelahiran yang ke 22.Terfikir,adakah saya masih panjang umur waktu itu?..atau adakah saat itu yang sepatutnya merupakan hari yang indah,bertukar kepada sejarah dan peristiwa..
Persoalan itu dibiarkan tanpa jawapan..terbang di tiup angin.

Hari ini,Alhamdulillah dengan rahmatNya,saya masih lagi diberikan umur yang panjang untuk terus berbakti.Berbakti pada diri sendiri,ahli keluarga dan orang2 sekeliling saya...Juga sebagai Hamba Allah yang sentiasa mahu memastikan segala tugas dijalankan dengan baik..Walaupun ada kalanya tersasar jua,namun akur bahawa saya hanyalah manusia biasa..

Hari ini,saya seperti dilahirkan semula.Semangat datang secara tiba-tiba.Mungkin saat-saat akhir melewati hari terakhir berusia 21 tahun,saya memulakan perjalanan dengan muhasabah diri.Ya,merendah diri di hadapan Allah SWT.Kebetulan saya menghadiri kenduri kesyukuran dan doa selamat di rumah Pak Ngah.Secara tidak langsung,kami beramai-ramai mendoakan kesejahteraan sesama sendiri..Saya sungguh teharu..

Ketika saya menunaikan ibadah haji beberapa tahun dahulu,umur saya menjangkau 17 tahun.Saya pernah berniat ingin menunaikan umrah pada masa hadapan ketika menyambut ulang tahun kelahiran.Namun,sehingga kini,niat itu hanya sekadar niat sahaja,belum berkemampuan untuk melaksanakannya..Bila teringat kembali niat itu saya pasti tersenyum sendirian..

Tahun-tahun sebelum ini,orang pertama yang memberi ucapan hari lahir adalah si dia.Namun,adat pertemuan pasti ada perpisahan..Saya redha.
Tahun ini,kawan yang paling rapat telah menjadi orang pertama memberi ucapan.Itupun saya masih 'blur-blur'.Memang saya tidak perasan bahawa hari ini adalah ulang tahun kelahiran saya..

Petang semalam,saya berjumpa dengan kawan baru secara tidak sengaja.Walaupun saya baru mengenalinya hanya selama 3 jam sahaja, namun seperti sudah 3 tahun berkenalan..Dunia-dunia..Tiada yang mustahil kan..
Saya ingin bercerita tentang teman baru ini.Akan tetapi masa sangat mencemburui.Insyallah saya akan update lagi next time..

No comments: