Assalamualaikum
Lama x menulis kerana agak sibuk kebelakangan ini.Padat betul jadual sehingga hal-hal kecil macam ni pun tak sempat nak lakukan.
This time i want to share my very joyful journey to Kedah for Kak Ngah's wedding.
Saya tak pernah ke bandar kedah sebelum ini. Saya selalu ke Langkawi akan tetapi tidak pernah menggunakan jalan darat. So the journey was tremendously interesting for me.Lebih-lebih lagi saya pergi bersama Kak Ilani.
Apapun, cuak juga pada mulanya,merasa ragu-ragu dsbnye. Ini semua berpunca dengan musim bas terbalik baru-baru ini. Bukan main risau lagi mama.Asyik calling2 je.Namun saya dah tetapkan niat, ingin menziarah sahabat yang sudah hampir setahun tidak berjumpa. Kita patut raikan hari bahagianya sebagai tanda sokongan dan moral support.Sekurang-kurangnya dia akan berasa gembira dengan kehadiran kami.
17th August 2007 :
Perjalanan kami memang mengambil masa yang panjang.Oleh kerana saya tidak pernah menaiki bas di Malaysia untuk tempoh yang lama, saya merasa kurang selesa. Mujur ada Kak Ilani yang menceriakan susasana.Kami berbual walaupun masing-masing letih dan penat.
Alhamdulillah bas yang kami naiki selamat sampai di Kedah.Saya suka dengan cara pemandu bas itu memandu.Nampak berhati-hati. Namun sebaliknya berlaku sewaktu kami pulang ke Kuala Lumpur.Saya akan cerita kemudian.
Kami sampai jam 4.30pagi 18th August. Kami turun di JItra. Tanpa sebarang pengetahuan tentang tempat yang kami turun tu, kami berjalan kaki dengan berpandukan suara corong bacaan al-quran dari masjid yang kami sendiri tak tahu kedudukannya.
Puas mencari tak juga jumpa, mujurlah ada kedai 7 eleven. Setelah bertanya barulah kami mengetahui bahawa masjid sangat jauh dari sini yang ada hanyalah surau di kampung berdekatan.Tanpa berlengah kami pun cuba mencari-cari kedudukan surau tersebut. Mujurlah kami terserempak seorang makcik sedang mengayuh basikalnya membawa beberapa bungkus beg plastik yang agak besar saiznya.Mungkin dia seorang peniaga. Lalu dia pun menunjukkan kami arah ke sana. Masyallah, gigih sungguh makcik tu.Pagi-pagi sudah keluar bersiap untuk pergi berniaga.Sudah lanjut di mamah usia masih bersusah payah mencari rezeki- mengayuh basikal membawa bebanan yang berat. Ya Allah, terdetik di hati saya, bersyukurnya mempunyai ibu dan ayah yang masih mampu bekerja dengan baik dan selesa.
Kami sampai di satu surau dalam kawasan kampung. Kalau tak silap saya nama kampung itu adalah Kampung Tok Kesap,Jitra kedah.Setelah solat Subuh,kami meminta izin dengan orang kampung yang bersolat disitu untuk menumpang duduk sementara di Surau tersebut.Alhamdulillah sejak dari mula perjalanan, Allah telah mudahkan banyak urusan. Orang kampung menyambut kami dengan baik. Terdetik di hati saya "baik-baik belaka orang Kedah ni"..hehehe
Lebih kurang jam 10.20 pagi kami beredar dari situ dan berjalan kaki ke arah medan selera tidak jauh dari situ. Setelah bersarapan kami mengambil teksi untuk ke rumah Kak Ngah. Sepanjang perjalanan, pemandu teksi berceloteh tentang banyak perkara.Oleh kerana saya memang kaki teksi, saya sudah terbiasa melayan pemandu teksi bercerita.Saya tahu, walaupun ada antara mereka yang tidak mempunyai kelulusan akedemik yang tinggi namun pendapat dan pandangan yang mereka utarakan tidak harus diperlekehkan.Sebagai pemandu teksi mereka berpeluang berjumpa dengan bermacam-macam jenis orang dan pengalaman mereka tentulah berbeza dengan orang biasa seperti kita.Di waktu senggang saya tahu tidak kurang orang yang mengambil kesempatan membaca buku.Dari itu mereka menambah ilmu pengetahuan secara tidak langsung ini meningkatkan mutu dan kualiti pemahaman mereka.
Banyak2 cerita, saya sangat tertarik dengan cerita pakcik teksi itu yang mengatakan kawan seangkatan dengannya ( seorg pemandu teksi juga) berkahwin dengans seorang pensyarah wanita UUM yang sudah berumur 40 an.Pakcik tu yang membahasakan dirinya Pakcik Non mengakui ramai pensyarah wanita di UUM tidak berkahwin walaupun sudah lanjut usia.Saya tidak tahulah sejauh mana kebenaran pengakuannya itu tapi saya percaya apa yan dia seritakan tentang kawannya itu adalah benar.
Dunia ni tiada yang mustahil kan?.. Saya tidak rasa iainya sesuatu yang janggal untuk seorang wanita yang bergelar professional atau mungkin menyandang jawatan yang tinggi berkahwin dengan seorang lelaki yang hanya bekerja sebagai pemandu teksi.Malah saya kagum dengan tindakan yang dilakukan wanita tersebut.Dia mengetepikan ego dan martabat untuk sebuah perkahwinan. Pemandu teksi juga seorang manusia dan Allah tidak melihat kepada siapakah kita-seorang doktor atau buruh kasar sekalipun.Apa yang dilihatNYa adalah TAQWA.
Perkahwinan itu sendiri memberi maksud saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.Jika suami kekurangan dari segi material, kita cuba melengkapkan kekurangan tersebut.Begitu juga sebaliknya.Manusia tiada yang sempurna.TIADA..Apa jua kesempurnaan yang ada dalam diri seseorang itu,hanyalah pinjaman dari ALLAH SWT...Bergantung kepada diri kita sendiri bagaimana menggunakan kesempurnaan dan keistimewaan itu. Adalah lebih baik jika setiap kelebihan itu dikongsi bersama orang lain. Salah satu uslubnya adalah dengan perkahwinan..
Berbalik pada cerita... Kami mengambil masa 20 minit untuk sampai di rumah Kak Ngah. Dalam perjalanan meredah kampung yang nyaman dan damai itu, saya ternampak Chai (faisal-suami Kak Ngah) di masjid. Berbaju kuning emas, saya nampak dia sedang berdiri tidak jauh dari kereta mercedes benz S class berwarna gold juga.Bukan main gembira sakan lagi saya lihat.Senyum memanjang...Maklumlahlah sudah mendapat apa yang dihajati.Berjaya pula memiliki wanita yang diidamkan sejak sekian lama.Siapa yang tidak bahagia??..Diana atau panggilan kenalan rapat sebagai Kak Ngah dan Faisal/Chai adalah rakan seuniversiti saya sewaktu kami sama-sama menuntut di Sudan dulu.Sepatutnya ramai je kenalan lama di Sudan dulu akan datang menghadiri kenduri akan tetapi mereka tidak dapat datang kerana punya urusan yang lebih penting di saat akhir.Biasalah tu setiap orang punya kesibukan masing-masing.Mana yang tengah lapang seperti saya dan ILani ni memang patut hadir.Walaupun sibuk kuliah tapi sabtu dan ahad adalah cuti.
Saya sendiri tidak pernah menyangka mama dan abah memberi keizinan.Sejak kecil,saya jarang menaiki bas. Bila sudah dewasa,barulah berjinak-jinak menaiki bas untuk perjalanan yang jauh.
Sampai di rumah Kak ngah kami disambut mesra dengan ahli keluarganya.Masyallah,kami dilayan seperti sudah kenal lama.Begitulah...saya dapat membezakan gaya dan cara sesebuah keluarga.Apabila dididik dengan akhlak islami, cara mereka bergaul,berkomunikasi dan berhubungan dengan orang luar amat berbeza dengan keluarga lain.Itu kita dapat rasakan apabila berada dalam kelompok jemaah (keluarga) mereka.
Walaupun majlis kenduri agak simple tetapi apa yang boleh saya katakan ialah ianya sangat-sangat meriah dan menyediakan lauk pauk yang sedap.Saya perasan bahawa Kak Ilani bertambah hidangan ketika makan.Situasi yang jarang saya nampak.Kami semua tahu bahawa Kak Ilani apabila sampai bab makan ni dialah orangnya yang paling 'kureng' sekali.Waktu kami di Sudan dia jarang menjamah nasi.Setiap kali makan,roti-roti-roti..Saya tersenyum memandangnya.Saya tahu dia berselera.
Saya berjumpa seorang sahabat lama yang memang saya tertunggu2 kehadirannya di majlis itu.Fatimah Najihan a.k.a Maksu..Ketika saya di Sudan dialah umpama ibu dan kakak buat semua pelajar perempuan Malaysia.Saya ingat lagi,setiap kali pulang dari kelas, bilik pertama yang saya jenguk adalah bilikya.Jika dia ada, saya akan habiskan masa hampir satu jam di situ-setiap hari.Jika dia tak ada, saya akan tinjau2 katilnya baca apa sahaja majalah atau buku di atas katilnya.Bila dah puas, saya akan balik ke bilik saya.Begitulah setiap hari.Entahlah,sehingga hari ini saya dapat rasakan ukhuwah yang sangat erat dan rasa kasih terhadapnya.Apabila dia pulang ke Malaysia,ianya seperti satu tamparan yang sangat hebat.Waktu Maksu pulang ke Malaysia, hanya tinggal saya sahaja pelajar Malaysia di seantero asrama.Cuba bayangkan?..Mujurlah ada Kak Mary (sahabat dari Singapura). Itupun kami tinggal berasingan kerana dia melanjutkan pengajiannya ke peringkat master.Beberapa bulan selepas itu, datanglah Kak Ilani.Dia berada di sana untuk tempoh 8 bulan sahaja.Akan tetapi kerana begitu rapat ketika di Sudan,kami perkukuhkan lagi persahabtan sehingga kini. Rahmat Allah..punya sahabat yang sefikrah dan memahami.
Saya menemani maksu makan.Dia datang bersama ibu bapa,kakak dan abang iparnya.Ketika berbual2, saya cuba bertanya "maksu bila lagi ni?..Lepas ni fiza boleh book tiket ke Pining.Nak rasa nasi minyak pining pulak".Maksu hanya tergelak senyum tersimpul.Saya dapat agak dia ada 'big story' nak cerita pada saya tapi tidak berkesempatan kerana masa tidak mengizinkan.Allah itu maha pemurah, kakaknya membisikkan sesuatu di telinga saya "Maksu akan diijabkabulkan minggu depan-Ahad 26hb".
Saya tersenyum penuh makna pada Maksu.Rasa gembira yang sangat.
Waktu saya menulis ketika ini, mungkin maksu sedang bergembira atau berdebar untuk diijabkabulkan.Dari jauh saya mendoakan kebahagiaannya.
Saya tahu Maksu tiada niat untuk merahsiakannya.Saya faham kenapa dia bertindak demikian.Saya juga tahu yang hanya saya seorang sahaja dikalangan sahabat yang mengetahui bahawa dia akan berkahwin hari ini.Saya juga tahu yang dia akan mengumumkan pada seluruh dunia bahawa dia sudah berkahwin apabila sudah sah menjadi isteri orang.Setiap orang mempunyai pengalaman dan kisah hidup yang berbeza.Menjadi tanggungjawab kita untuk cuba menghormati setiap keputusannya.Apapun, saya betul-betul terharu..Akhirnya, maksu sudah menemui cinta manusia untuk menemaninya sepanjang perjalanan di dunia yang fana ini.
Semoga berbahagia bersama suami tercinta hingga akhir hayatmu..
Untuk Kak Ngah, walaupun dia tidak akan ada masa membaca blog ini (im sure on it), saya doakan agar dia bahagia bersama pilihan hati dan jalan yang dipilihnya.Saya akan sentiasa menyokong selagi perkara itu membawa kebaikan.Saya juga mengharapkan Chai akan menjaga Kak Ngah dengan baik dan menghargainya...AMEEN..
Selepas ini, giliran siapa pula ya?..Tahun ini sahaja saya mendapat lebih 8 kad undangan kahwin.Kawan-kawan dari SMIH sudah 3 orang yang mengakhiri zaman bujang mereka.Masing2 memilih senior kami di sekolah dulu.Lucu sungguh..dulu bukan main lagi.Pandang sebelah mata pun tak nak..hahha
December nanti ada lagi 2 orang.Juga rakan SMIH.Macam berlumba pula ya..
Dah sampai jodoh mereka agaknya..Saya ni bila la pula?..mungkin prince charming masih berjalan kaki ke mari.'Dia' pun tak kuasa nak naik kenderaan.Biar lambat, asal dapat...jangan x dapat terus..Naya la saya...hahaha..Till then..
16 comments:
buy diazepam order diazepam canada - buy valium online without rx
diazepam for dogs what is the molecular mass of diazepam (valium) c16h13cln2o - diazepam highest mg
valium generic 10mg valium too much - buy valium by roche online
diazepam 10 mg picture of diazepam 10mg - valium vs diazepam
zolpidem 10 mg zolpidem 10 mg pill identifier - zolpidem 10 mg overdose
ativan pills ativan side effects drugs.com - ativan dosage oral
xanax online xanax side effects tinnitus - xanax side effects in women
diazepam drug uses of diazepam 5mg - need buy diazepam
soma 350 mg soma medication effects - carisoprodol side effects sweating
online soma carisoprodol 350 mg high - soma drug test time table
discount ambien ambien sleepwalking percentage - ambien side effects impotence
generic carisoprodol tramadol soma online - soma back pain medication
buy soma online soma drug schedule - picture of carisoprodol 350 mg
buy valium online valium 10 dosage - order valium overseas
cheap zolpidem ambien dosage insomnia - cash price for ambien cr
buy ambien online 10 mg ambien during pregnancy - ambien dosage range
Post a Comment