Assalamualaikum,
Sengaja saya buka topik ni. kalau2 ada yang sudi membaca, terima kasih. Tiada pun tidak mengapa.
Ingin berkongsi pengalaman saya yang mempunyai 2 orang adik dan sedara mara yang bersekolah Cina. Pengalaman saya sebagai kakak dan juga pengalaman saya melihat abah dan mama saya bertungkus lumus membantu kedua2 adik yang bersekolah cina.
Saya mempunyai 2 orang adik yang bersekolah Cina. Khazieeqah yang kini dalam persediaan menghadapi UPSR tahun ini, dan Ahmad, 9 tahun. Niat untuk menyekolahkan mereka di sekolah cina telahpun disuarakan Abah sejak khazieeqah mula masuk tadika.
Mengapa sekolah Cina?
Banyak orang yang kurang mengerti mengapa dalam banyak2 sekolah, aliran cina juga yang dipilih? kenapa tidak sekolah aliran agama; sekolah islam?Kita orang melayu, kenapa perlu bersusah payah menghantar anak ke sekolah yang asing bahasa dan agamanya?
Banyak kenyataan begini yang kami terima, tapi banyak juga sebab mengapa kami sekeluarga sepakat untuk menghantar 2 orang permata keluarga kami ini ke sekolah aliran cina.
Sebab utama, abah mahukan kami adik beradik tahu lebih dari 2 bahasa. Kedua, kami berniat untuk memberi saingan sihat kepada bangsa Cina. Ketiga, kerana faktor perniagaan dan komunikasi sosial dan keempat, kerana ingin meneruskan tradisi turun temurun keluarga kami yang menghantar anak2 ke sekolah Cina.
Tapi, itu tidak bermakna abah mama mengabaikan tanggugjawab memberi mereka pendidikan agama dan islam. Alhamdulillah sehingga ke hari ini, adik2 saya masih mengamalkan sistem 2 sesi persekolahan; pagi dan petang. Pagi bersekolah cina, dan pada petang harinya mama akan menghantar mereka ke sekolah agama.
Permulaan yang sukar :
Anak melayu yang bersekolah cina pasti akan menghadapi saat-saat sukar pada awal persekolahan mereka. Ini kerana, bagi mereka yang tidak punya
asas pengajian cina dari peringkat tadika seperti Khazieeqah, pasti menghadapi masalah komunikasi dan kefahaman belajar. Berbeza dengan Ahmad yang sudah pandai mengeja namanya dalam bahasa cina ketika di tadika lagi.
Namun, semua perkara dapat diatasi dengan baik jika ibu bapa faham dan sedar akan peranan mereka.
Khazieeqah dan Ahmad mempunyai 2 situasi yang berbeza dan cara pendekatan juga berbeza. Khazieeqah memasuki tahun 1 tanpa melalui proses pengajian di tadika cina. Kami banyak belajar dari pengalaman yang ditempuhi khazieeqah. kerana itu, seawal usia Ahmad 4 tahun,kami sudanpun memasukkannya ke tadika cina untuk mengelak sebarang masalah di kemudian hari.
Khazieeqah yang Cekal :Dia menghadapi masalah ketika awal2 memasuki tahun 1 kerana tidak tahu langsung berbahasa cina, apatah lagi bercakap dan menulis dalam bahasa tersebut. Seringkali dia merungut kerana tidak faham apa yang 'teacher' katakan di kelas. Mama memang tidak tahu langsung berbahasa Cina. Abah pula, walaupun tahu berbahasa cina serba sedikit, namun kesibukannya bekerja menghadkan masanya bersama khazieeqah.
Inisiatif lain perlu dilakukan. Selain menghantar khazieeqah tuisyen, mama harus sentiasa berhubung dengan guru2 yang mengajar khazieeqah. Ini penting kerana komunikasi antara guru dan ibu bapa amatlah membantu dalam memantau perkembangan pembelajaran murid.
Tahun satu merupakan tahun yang amat mencabar buat eeqah. Sememangnya, kanak2 di awal persekolahan begitu perlu sentiasa dibimbing. Saya masih ingat lagi, masa eeqah di tahun 1, hampir setiap hari mama terpaksa merujuk semula kepada guru tentang kerja rumah yang perlu dibuat. Ini kerana ada perkataan yang khazieeqah tidak faham walaupun sudah rujuk kamus. Tiba masa membuat kerja sekolah, sekali lagi kami terpaksa membimbing dia, paling kurangg pun salah seorang ahli keluarga perlu menemani dia membuat kerja sekolah supaya dia tidak merasa bosan dan putus asa.
Banyak pengorbanan sebenarnya. Jika difikirkan semula, adakah ibu bapa di luar sana bersedia untuk berkorban sedemikian?
My own observation :
Sepanjang pengamatan saya, anak melayu yang bersekolah cina lebih menonjol kerana mereka punya sifat 'berdaya saing' dan tidak kenal putus asa. Mereka boleh diistilahkan sebagai 'tabah & kuat semangat' kerana perlu melalui pelbagai cabaran dan dugaan.
Bangsa Cina memang terkenal dengan sifat kesungguhan mereka. Begitu juga dalam pelajaran. Secara tidak langsung, iainya menjadi cabaran pada anak melayu untuk bersaing.
Peratusan pelajar berbangsa melayu di sekolah Cina amat sedikit. Oleh itu mereka perlu cepat belajar menyesuaikan diri. Untuk menguasai sesuatu bahasa, seseorang harus berada dalam kelompok golongan tersebut dan berinteraksi dengan mereka. Jika tidak, mereka mungkin menghadapi masalah.
Selain itu, dugaan dan cabaran alam pergaulan juga mampu 'mematangkan' anak2 ini meniti arus kehidupan. Berada dalam golongan minoritas perlu mempunyai sifat tidak putus asa, sabar, dan tidak gentar berhadapan dengan cabaran.
Ragam kehidupan, isu diskriminasi masih lagi kedengaran. Cuma, ianya tidaklah terlalu ketara, soal2 kecil namun adakalanya boleh menggangu minda dan hati si kecil. Sebagai ibu bapa, perlu bertanggubjawab dalam memberi gambaran sebenar dan sentiasa menanamkan sifat positif dalam diri anak.
Suka saya memberi contoh di sini:
Khazieeqah mula memakai tudung ke sekolah ketika dia di tahun 2 lagi. satu2nya pelajar yang memakai tudung di sekolah. Tentunya ia membawa fenomena baru samada di kalangan rakan sekelasnya atau guru-guru sendiri. Bagi orang dewasa perkara itu dapat difahami. Namun, untuk kanak2 yang masih tidak baligh, apa yang mereka faham dan tahu? seringkali eeqah mengadu kawan2nya menarik tudungnya sehingga ternampak rambut dan membuat macam2 usikan. Sehingga ke hari ini, di tahun 6, masih ada lagi yang memperlakukan macam2 padanya. Namun, khazieeqah tetap cool. Tidak pernah pulang menangis tapi sentiasa tunjukkan dirinya 'kuat' dan mampu menghadapi segala cabaran. Dengan muka selamba dia berkata "eeqah dah jumpa dan mengadu dengan guru besar. Biar guru besar yang hukum".
Lihatlah, bagaimana persekitaran membentuk dirinya. Bukan hanya eeqah, saya percaya anak2 yang berada dalam situasi sepertinya juga memberikan perkembangan sahsiah yang positif dan hati yang cekal. Bersifat defensive, tahu jaga diri, berdikari dan berdaya saing dalam apa jua perkara adalah antara sikap yang terbentuk dalam diri anak2 ini. Ahmad juga mampu bersaing seperti kakaknya.
kebanyakan sekolah cina mempunyai guru2 yang sentiasa memantau prestasi anak2 didik mereka. Saya sendiri bersekolah di banyak tempat. memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan pendekatan yang digunakan oleh sekolah cina. Sekolah melayu dan lain juga bagus, tapi iainya bergantung kepada how efficient the management can do? Can they provide a good teacher for the students?
alhamdulilah, setakat ini abah mama gembira dengan perkembangan adik2. yang penting, kami satu keluarga harus terus memberi sokongan moral kepada mereka berdua.
Nasihat :
Bagi mereka yang berniat untuk menghantar anak mereka ke sekolah cina, teruskan niat anda itu tapi, pastikan anda betul2 mampu memberi komitmen dan perhatian kepada anak itu nanti. Persiapan rohani sangat perlu, supaya setiap cabaran mampu dihadapi dengan baik.
waahualam.
No comments:
Post a Comment