Thursday, May 1, 2008

#50 - Bila perempuan bermusafir seorang diri…..

Saya ada banyak pengalaman bermusafir seorang diri. Jujur saya katakan, banyak dugaan yang saya tempuhi. Ada kalanya ianya benar-benar menguji keimanan dan pegangan hidup kita.

Pernah berlaku satu insiden yang benar-benar membuat saya beristigfar panjang dan ianya merupakan pengalaman yang saya tidak akan lupa sampai mati.
Nak dijadikan cerita, seperti biasa setiap kali bermusafir menaiki kapal terbang saya akan membuat request untuk duduk di kerusi ‘luar’, bukan ‘window seat’ sebab iainya memudahkan saya keluar masuk untuk ke washroom etc.

Flight kali itu, saya duduk di sebelah seorang penumpang lelaki yang boleh tahan kacaknya. Saya bukanlah tidak pernah langsung duduk sebelah menyebelah dengan lelaki, tapi saya tidak tahu kenapa waktu itu saya berasa sangatlah tidak selesa. Saya terfikir untuk menukar tempat dan mencari2 juga kalau ada penumpang wanita yang duduk berdekatan tapi tak tahulah kenapa pada waktu tu ditakdirkan tak ada seorang pun wanita. Saya berdiam diri seketika kerana inginkan sedikit ketenangan. Penat mengemas barang masih terasa. Saya pejamkan mata buat2 tak kisah dengan lelaki yang duduk di sebelah saya. Walhal, bukanlah sifat saya begitu. Setiap kali penerbangan saya enjoy berbual dengan rakan baru. Tapi, kali ini saya berasa amat2 tidak selesa. Hati saya juga merasa seperti ada yang tidak kena. Namun, saya pujuk hati, memohon supaya Allah mudahkan segala-galanya. Dari Kuala Lumpur ke Doha mengambil masa hampir 9 jam tapi oleh kerana kapal terbang akan transit dahulu di Bahrain, perjalanan kali itu saya rasa sangat panjang.

Saya terlena, dan bangun setelah hampir 2 jam tidur. Bila saya membuka mata, saya perasan lelaki itu tersenyum melihat saya. Saya membalasnya. Tak lama selepas itu, hidangan makan malam di sediakan. Sambil makan saya berborak dengannya. Kami bercerita tentang diri masing2 dan Negara kelahiran kami. Tak perlulah saya sebutkan di sini negara kelahirannya. Saya tidak mahu ada nanti yang menuduh saya menggangap bangsa mereka yang bukan2 setelah saya menceritakan kejadian yang berlaku pada diri saya.

Dipendekkan cerita, kami terus berbual setelah menyudahkan makan malam. Akhirnya, perbualan kami terhenti sendirinya kerana masing-masing mengantuk dan terlena. Saya tertidur namun terjaga bila saya merasa ada tangan yang menjalar dan pautan yang kuat pada lengan tangan saya. Mula2 saya diamkan sahaja kerana saya ingatkan saya bermimpi dan bila saya buka mata, tangannya sudah berada di atas peha. Saya alihkan kerana fikirkan dia mengigau tapi bila dia teruskan ‘aktivitinya’ saya rasa dia memang sengaja lakukan saya terus bangun sambil menjerit. Saya melihatnya dengan penuh rasa marah, kesal dan semua perasaan ada. Tapi, mukanya yang selamba tu, membuatkan hati saya makin mendidih sebab saya tak sangka dia akan melakukan perkara yang tak sepatutnya tu. Ada penumpang yang terbangun kerana mendengar saya menjerit dan mereka terjenguk2 dari kerusi sambil bertanya Why? What happen?

Saya terus kata " I don’t want to sit here. Please find for me another seat, if possible next to a lady." Saya terus merenungnya dengan penuh perasaan marah, sayangnya saya tak mampu buat apa2 kerana saya tak mahu cetuskan sebarang masalah di situ. Saya pula berkeseorangan. Pada waktu itu sebetulnya ada seorang pelajar lelaki yang sama-sama pulang ke Sudan, tapi saya tak berkesempatan untuk menegurnya kerana terlalu segan. Ah, saya mengutuk diri sendiri. Kalau diberi pilihan, dalam keadaan terdesak seperti tu, saya lebih rela duduk di sebelah kawan lelaki yang saya sudah tahu akhlak dan agamanya daripada duduk dengan si keparat tu. Ada seorang penumpang yang baik hati dan seakan memahami terus ke deck terakhir kelas ekonomi itu, dan kemudian datang kepada saya memberitahu ada seorang lelaki di belakang sana menawarkan diri untuk menukar tempat. Saya bersyukur sangat dan akhirnya saya duduk di sebelah seorang wanita India. Saya berterima kasih banyak kepada mereka.

Pengalaman itu membuatkan saya lebih berhati-hati. Selama ini saya dengar banyak kisah tentang perkara tersebut yang pernah berlaku ke atas kawan-kawan saya yang berada di Sudan ketika mereka menaiki bas ataupun pengangkutan awam lain seperti van. Ini satu bentuk gangguan seksual. Saya istigfar banyak2 atas apa yang berlaku. Kalaulah ada air panas waktu tu nak je saya simbah ke muka dia. Biar dia rasa…sakit hati saya hanya tuhan saja yang tahu.

Saya pun tak mengerti. Mengapa dia tergamak lakukan perkara seperti itu sedangkan dia seorang Muslim. Dengan pakaian saya yang bertutup litup ni, jubah lagi, takkanlah dia tak ada rasa hormat terhadap saya?? Apa jenis manusia…
Sejak itu setiap kali saya menaiki kapal terbang tanpa ditemani kawan perempuan atau muhrim saya akan pastikan saya duduk di sebelah perempuan. Walau macamana susah pun saya akan cari jalan untuk tidak duduk di sebelah lelaki. Fobia betul. Mujurlah waktu itu adalah pernerbangan terakhir saya ke Sudan sebelum pulang ke Malaysia for good setahun kemudian.Bukanlah niat saya untuk bermusafir seorang diri, tapi saya terpaksa. Saya pulang ke Malaysia hampir setiap semester dan seringkali tiada siapa pun yang dapat menemani. Saya perlu mencari seorang kawan perempuan baru yang boleh menjadi peneman sepanjang perjalanan. Jika tiada, apa boleh saya buat?. Bukan saya buat pekak setiap kali persatuan bising kerana saya bermusafir seorang diri. Saya sedar risikonya.

Perempuan memang selalu dieksploitasikan namun saya tidak akan benarkan perkara tersebut berlaku pada saya.
Selepas kejadian itu saya lebih mengenali diri saya. Tanpa agama dan iman dalam diri, mungkin keadaan akan bertukar sebaliknya…….
Nauzubillahi min zalik.
Saya bersyukur ya Tuhan kerana tiada perkara buruk yang berlaku. Wahai perempuan-perempuan di luar sana, jagalah maruahmu, adabmu, tingkah lakumu dan aibmu… saya juga sentiasa bermuhasabah diri. Semoga kita terhindar dari gejala yang tidak sihat dan memesongkan….

Rasulullah bersabda:

لا يخلون رجل بامرأة ولا تسا فرون امرأة الاومعها محرم
Tidak boleh bersunyi seseorang dari kamu dengan perempuan dan tidak boleh bermusafir seorang perempuan melainkan bersamanya muhrim.

p/s: learn from my lesson.

1 comment:

Aishahtur said...

pengajaran yang boleh dijadikan tauladan..