Saturday, August 2, 2008

#105 - Abayah

Ketika sedang bersiar2 tadi, saya terpandang sepasang jubah yg sangat cantik. Tergantung molek di tengah2 kedai. Jubah kanak2. Bermanik2 dan punya sulaman yang ringkas tapi sungguh cantik. Masyallah..comelnya detik hati saya.

Tiba2 sy teringatkan Khazieeqah. Terus saya teringat kata2nya ketika sy pulang bercuti ke rumah baru2 ini. "Cantiklah jubah yang along pakai ni. Eeqah teringin nak pakai jubah".

Baru saya perasan, ketika eeqah meningkat dewasa ni, dia tak pernah memakai jubah. Mungkin kerana tiada org yg membelikan utknya dan saya tahu dia juga bukanlah jenis yang suka meminta2.

Seingat saya, kali terakhir kami membelikan Eeqah jubah ketika menunaikan umrah kira2 4 tahun yang lalu. Wah, lamanya.. Saya sendiri tertanya2 kenapa saya tidak pernah terfikir untuk membelikannya jubah selama ini.

Mungkin kerana saya merasakan dia tidak berminat untuk memakai jubah. Maklumlah, dia bersekolah cina. Tapi, saya terus sedar bahawa ketika dia berumur 8 tahun, dia sudah mahu memakai tudung sepenuhnya. Kami sekeluarga memberi galakan dan menyokongnya walaupun di sekolah teruk dia 'dikerjakan' dan diusik rakan2. Malah, ada yang memulaukannya. Itu perkara biasa.

Jadi, saya rasa, bila kali ini dia sudah menunjukkan minat memakai jubah, saya harus memainkan peranan. Budak2 senang dibentuk. Mereka memang menjadikan orang dewasa sebagai ikon mereka. Tak kiralah dari segi akhlak, cara berpakaian dan sebagainya.

Jadi, saya terus gapai jubah tersebut walaupun bila dilihat harganya, aduh, berpuasalah saya bulan ini. Tapi, tak apa. Saya puas.

No comments: