Friday, August 1, 2008

#104 - coklat n strawberi

First time dalam hidup dapat hadiah coklat n strawberi dari seorang lelaki. Romantiknya! hahaha tp jgn salah anggap ye..
kadang2 kan, kita boleh nilai orang lelaki ni dengan sikap dia je...samalah orang perempuan pun.. contohnya, kalau dia suka bagi minyak wangi, maknanya dia memang suka pakai minyak wangi n suka bau-baun yg wangi2 ni.
Kalau dia bagi jam, maknanya dia suruh kita sentiasa jaga waktu ; janji di tepati, solat awal dsbnye.
Entah...ni hanyalah penilaian saya terhadap orang sekeliling...
Saya sangat teruja kalau orang hadiahkan buku....Sebab saya memang suka baca kalau kelapangan. N suka tengok bilik penuh dengan buku. Anytime saya boleh capai... heheh
apapun satu je prinsip : rezeki jangan di tolak, betul tak? hahha tapi...

------------------

Sebut pasal hadiah, teringat kat Sudan dulu2. Oh saya ni agak famous jugala...selalu dapat hadiah..hahhaha..jgn mare tapi cerita benar ni. Selalu dapat hadiah tapi tak pernah saya ambil. Saya pulang cara baik...
Saya ni cepat je dapat rasa, orang tu ikhlas ke tidak bagi hadiah. Satu anugerah Allah mungkin. Tengoklah cara n reaksi dia. Sebab saya tahu, x kurang juga yang berbuat begitu kerana ada udang di sebalik batu.

Islam mengajar kita supaya tidak berburuk sangka terhadap orang lain. Tapi dalam kes2 terpencil macam ni, memang di sarankanlah agar kita mengambil sikap berhati2. x susah pun. Kita nilai dia melalui cara dan gayanya. Macam2 ragam manusia ni...berhati2lah...

No comments: